Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Rabu, 15 September 2010

MENTERI HAL EHWAL UGAMA MENINJAU KE T. P. I. SUGAN DAERAH TUTONG

Pada Hari Sabtu, 2 Syawal 1431 bersamaan 11 September 2010, YB Pengiran Dato Seri Setia Dr. Hj Mohammad bin Pg Hj Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam telah berangkat melawat Tanah Perkuburan Islam Sugan, Tutong.  

Ia bertujuan meninjau dan melihat sendiri keadaan tanah perkuburan tersebut yangmana telah menerima musibah tanah susur disebabkan olih hujan lebat dan banjir kilat dikawasan tersebut pada malam raya (1 Syawal 1431 bersamaan 9 September 2010) yang baru lalu.

YB Menteri Hal Ehwal Ugama Pg Dato Seri Setia Hj Mohammad,  menerima penerangan daripada YM Pg Alli bin Pg Hj Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU.

YB Pg Dato (Menteri) seterusnya berbincang tentang cara mengatasi perkara tersebut.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu (Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam), juga turut berada ditempat tersebut iaitu Tanah Perkuburan Islam Sugan dimana kejadian berlaku.

YM Hj Ibrahim (PKTPI) telah menerangkan kepada YB Pg Menteri hal kedudukan tanah perkuburan tersebut.

YM Hj Madzneh Hj Md Noor (Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong) juga menerangkan Hal Ehwal Pentadbiran di Pejabat Ugama Daerah Tutong kepada YB Pg Dato.

YB Pg Dato memberi pendapat beliau bagi sama-sama memberikan buah fikiran dalam mengatasi musibah yang melanda tempat tersebut.

YM Pg Alli dan YM Hj Ibrahim mendengar dengan tekun penerangan daripada pihak menteri sendiri.

YM Awg Harun Awg Adi (Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Tutong), juga menerangkan kepada YB Pg Menteri tentang susunan kubur yang beliau ketahui dalam kawasan yang terkena musibah tersebut.

YB Menteri telah ditemuramah olih pehak RTB dimana beliau menerangkan kekudukan peruntukan bagi memperbaiki tanah perkuburan tersebut dan kerosakan Masjid Hasanal Bolkiah Daerah Tutong.

Diantara pegawai-pegawai KHEU yang hadir ditempat tersebut, termasuk Pmk Pengarah Hal Ehwal Masjid YM Hj Kahar bin Hj Hussin, KPU Daerah Tutong YM Hj Madzneh Hj Md Noor dan lain-lain pegawai.

Hadirin memerhati semasa YB Menteri bertanya kepada PPTTPI YM Awg Harun.

Keadaan tanah susur dikawasan TPI Sugan, dimana nampak pasir yang berwarna puteh.

Pandangan dari sebelah bawah bukit (Jalan Enche Awang).

Sedikit masa saja lagi tempat ini akan susur jika tidak ditangani dengan segera.

Nampak tanah sudah agak luak yang telah terhakis daripada bukit ini.

Tempat ini telah dipasang kembes bagi mengelak daripada hakisan oleh air hujan selanjutnya.

Nampaknya banyak juga kembes yang diperlukan bagi menutup tempat tersebut bagi mengelak daripada hakisan tanah selanjutnya.

Batu nisan rebah tanah terhakis dibawa air turun daripada atas bukit.

Keadaan tanah pasir, batu nisan dan tambak telah berpindah daripada kedudukan asal.

Keadaan tempat  yang sudah tidak menentu.

YB Menteri berserta semua yang hadir memerhati keadaan sekeliling TPI tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan