Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Selasa, 28 September 2010

LAWATAN KERJA KE DAERAH TEMBURONG DAN PERJUMPAAN HARI RAYA

Pada Hari Selasa, 19 Syawal 1431/28 September 2010, lawatan kerja dan perjumpaan Hari Raya telah diadakan ke Bahagian Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Temburong.  Rombongan seramai 6 orang diketuai olih Penolong Pegawai Kerja Pengiran Hj Matrais Pengiran Kula.  Perjumpaan telah diadakan dibilik mesyuarat Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong Pekan Bangar.

 Bergambar ramai bersama penggapai dan buruh kubur dihadapan Pejabat Hal Ehwal Ugama Bangar.

Sebahagian daripada rombongan yang datang dari BSB dan buruh-buruh kubur Daerah Temburong yang mendengar penerangan daripada Penolong Pegawai Kerja.

Doa Selamat dibacakan olih YM Awg Julidy Hj Samsudin, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Begawan.

 Empat orang penggapai yang ada di Pejabat Hal Ehwal Ugama Bangar.

Sebelum balik pelawat dari BSB bermesra sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Sebahagian daripada buruh-buruh tanah perkuburan islam Temburong.

Pengawas Awg Mohd Josri Sulong dan Penggapai-Penggapai daerah Temburong

 Dalam perjalanan dari Bandar Seri Begawan mengunakan motor boat.  Yangmana keadaan air yang tuhur dimana terpaksa berjalan perlahan.

Kawasan Perairan Teluk Brunei namapak cetek.

Memang sukar untuk dilalui olih Boat Laju. Yangmana selalunya bolih sampai dalam masa 25 minit dari BSB ke Pekan Bangar.

Perjalanan dari BSB ke Pekan Bangar memakan masa lebeh setengah jam.

Khamis, 23 September 2010

MEMINDAH KUBUR LAMA DITAPAK T. P. I. MELAYU KEDAYAN KG KILANAS

Pada Hari Khamis, 14 Syawal 1431 bersamaan 23 September, 2010 kerja-kerja memindah kubur lama di Tanah Perkuburan Islam Melayu Kedayan, Kampong Kilanas iaitu dari puncak bukit kekawasan liring bukit bagi mengelak daripada runtuh.  Yangmana ianya dialakukan bagi memperelokkan lagi keadaan sekeliling kerana ianya berdekatan dengan kawasan Perumahan penduduk kampong Kilanas.  Apabila siap nanti kawasan kubur yang berbukit akan nampak lanah dan akan dipagar sekelilingnya.

Hadir sama ialah Ketua Kampong Kilanas YM Hj Mohd Rais, Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan Pegawai-Pegawai swasta yang mengendalikan projek perumah dikawasan yang besempadan dengan tapak kubur tersebut.

Para pekerja mula datang ketapak yang dimaksudkan bagi menjalankan kerja-kerja pemindahan kubur. 

YM Ketua Kampong berunding dengan pegawai projek tentang tapak tanah perkuburan tersebut.

Tanda nisan kubur yang akan dipindah berdekatan dengan tanda batu sempadan yang ada.

Perkakas yang diperlukan bagi kerja-kerja pemindahan kubur.

Sebelum upacara  menggali ianya dimulakan dengan bacaan tahlil yang dipimpin olih
 YM Awg Mohd Rony bin Metali, (Penjaga Makam Diraja).

Pg Sharidin Pg Hj Punggut Pengawas Tanah Perkuburan Islam telah mengaminkan doa arwah yang dibaca.

Pembacaan doa diiring olih salah seorang buruh penggali YM Awg Othman Danis.

Sebelum abu mayat digali kain putih dihampar untuk supaya senang meletakkan tanah keatasnya.

Kerja-kerja menggali dijalankan sambil bacaan tahlil dan doa arwah.

Saksi mempastikan kedudukan mayat dan abu tanah yang perlu diambil sebagai syarat mengambil mayat.

 
Kumpalan abu tanah diambil dan diletakkan diatas hamparan kain putih sebagai syarat mayat dikeluarkan.

Gumpalan tanah dibungkus dengan kain putih kembali,

Bungkusan tanah diangkat sebagai sarat dipindah dari tapak asal diatas bukit dibawa turun krkaki bukit.

cebisan tanah sudah sampai dibawah bukit tempat ianya akan ditanam semula.

 Lobang persamadian baru telah siap digali dan tersedia untuk digunakan.

 YM Awg Rony memasukkan semula kedalam tanah bagi menghormati kubur dan jasad orang yang dikubur disana.

Pengikat dibuka semula seperti juga membuka pengikat kain kapan bagi jenazah sebenar.

Kayu dipasang seperti juga menutup keranda dalam liang lahat kubur.

Lobang itu dikambus semula sambil dibacakan tahlil dan doa arwah.

Menghambus tanah diteruskan sambil dibacakan tahlil dan doa arwah yang dipimpin olih Awg Mohd Rony Hj Metali.

Penduduk berdekatan pun turut serta membacakan tahlil.

 Nisan lama yang asal dipasang balik sebagai tanda kubur tersebut.

Kerja-kerja selesai pada jam 11.30 pagi.

Rabu, 15 September 2010

MENTERI HAL EHWAL UGAMA MENINJAU KE T. P. I. SUGAN DAERAH TUTONG

Pada Hari Sabtu, 2 Syawal 1431 bersamaan 11 September 2010, YB Pengiran Dato Seri Setia Dr. Hj Mohammad bin Pg Hj Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam telah berangkat melawat Tanah Perkuburan Islam Sugan, Tutong.  

Ia bertujuan meninjau dan melihat sendiri keadaan tanah perkuburan tersebut yangmana telah menerima musibah tanah susur disebabkan olih hujan lebat dan banjir kilat dikawasan tersebut pada malam raya (1 Syawal 1431 bersamaan 9 September 2010) yang baru lalu.

YB Menteri Hal Ehwal Ugama Pg Dato Seri Setia Hj Mohammad,  menerima penerangan daripada YM Pg Alli bin Pg Hj Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU.

YB Pg Dato (Menteri) seterusnya berbincang tentang cara mengatasi perkara tersebut.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu (Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam), juga turut berada ditempat tersebut iaitu Tanah Perkuburan Islam Sugan dimana kejadian berlaku.

YM Hj Ibrahim (PKTPI) telah menerangkan kepada YB Pg Menteri hal kedudukan tanah perkuburan tersebut.

YM Hj Madzneh Hj Md Noor (Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong) juga menerangkan Hal Ehwal Pentadbiran di Pejabat Ugama Daerah Tutong kepada YB Pg Dato.

YB Pg Dato memberi pendapat beliau bagi sama-sama memberikan buah fikiran dalam mengatasi musibah yang melanda tempat tersebut.

YM Pg Alli dan YM Hj Ibrahim mendengar dengan tekun penerangan daripada pihak menteri sendiri.

YM Awg Harun Awg Adi (Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Tutong), juga menerangkan kepada YB Pg Menteri tentang susunan kubur yang beliau ketahui dalam kawasan yang terkena musibah tersebut.

YB Menteri telah ditemuramah olih pehak RTB dimana beliau menerangkan kekudukan peruntukan bagi memperbaiki tanah perkuburan tersebut dan kerosakan Masjid Hasanal Bolkiah Daerah Tutong.

Diantara pegawai-pegawai KHEU yang hadir ditempat tersebut, termasuk Pmk Pengarah Hal Ehwal Masjid YM Hj Kahar bin Hj Hussin, KPU Daerah Tutong YM Hj Madzneh Hj Md Noor dan lain-lain pegawai.

Hadirin memerhati semasa YB Menteri bertanya kepada PPTTPI YM Awg Harun.

Keadaan tanah susur dikawasan TPI Sugan, dimana nampak pasir yang berwarna puteh.

Pandangan dari sebelah bawah bukit (Jalan Enche Awang).

Sedikit masa saja lagi tempat ini akan susur jika tidak ditangani dengan segera.

Nampak tanah sudah agak luak yang telah terhakis daripada bukit ini.

Tempat ini telah dipasang kembes bagi mengelak daripada hakisan oleh air hujan selanjutnya.

Nampaknya banyak juga kembes yang diperlukan bagi menutup tempat tersebut bagi mengelak daripada hakisan tanah selanjutnya.

Batu nisan rebah tanah terhakis dibawa air turun daripada atas bukit.

Keadaan tanah pasir, batu nisan dan tambak telah berpindah daripada kedudukan asal.

Keadaan tempat  yang sudah tidak menentu.

YB Menteri berserta semua yang hadir memerhati keadaan sekeliling TPI tersebut.