Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Isnin, 6 September 2010

KEMPEN KEBERSIHAN PEJABAT HAL EHWAL UGAMA KUALA BELAIT

Pada Hari Selasa, 29 Syaaban 1431 bersamaan 10 Ogos 2010, telah diadakan kempen kebersihan bagi membersih kawasan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, di Kuala Belait.  

Ianya diadakan bersempena akan menjelangnya bulan Ramadan dan mengamalkan untuk sentiasa bersikap menjaga kebersihan tempat berkerja.  Yangmana bahagian Tanah Perkuburan Islam Daerah Belait tidak ketinggalan turut serta dalam kerja-kerja yang berkebajikan tersebut. Dimana kakitangan tersebut telah diaturkan bagi membersih kawasan stor dan tempat menyimpan perkakas/peralatan kerja.  Pada masa ini tempat tersebut telah didiami olih serangga perosak iaitu anai-anai.

Dalam pada itu kerja-kerja ditempat tersebut telah diketuai olih YM Awg Md Ali Handidi - Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Belait,  dibantu olih YM Awg Mawardi Hj Sabtu - Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Belait berserta Penggapai-Penggapai dan Buruh-Buruh Kubur.


 Keadaan barang-barang seperti buku yang sudah rosak dimakan olih anai-anai.

Nampak tiga orang penggapai turut membantu kerja-kerja dengan mengunakan hand glove (sarong tangan) bagi mengelak dari terkena barang-barang yang merbahaya.

Keadaan dalam stor yang sudah nampak habis dimakan olih Anai-Anai.

Keadaan barang yang sudah hancur dimakan olih Anai-Anai.

Juga tidak dapat dipastikan barang-barang ini melainkan dibuang sahaja.

Fail-fail ini sudah tidak digunakan lagi.

Keadaan mesin rumput sikut yang perlu dijaga juga perkakas lain seperti penyembur racun rumput.

Kerja-kerja memilih barang yang perlu disimpan semula dan yang perlu dibuang.

Barang ini tetap akan dibuang dan dibakar bagi mengelak Anai-Anai akan bersarang semula didalam stor ini.

Mesin rumput jenis surong ini perlu diperbaiki.


Membuang sisa-sisa barang rosak dibantu olih penggapai dan buruh kubur.

Buruh-buruh kubur membantu kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sampah.

Kerja-kerja dibantu penggapai









Tiada ulasan:

Catat Ulasan