Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Khamis, 9 September 2010

T. P. I. SUGAN TUTONG TELAH RUNTUH

Pada Hari Khamis malam Jumaat, 1 Syawal 1431 bersamaan 9 September 2010, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku mengakibatkan banyak kubur-kubur yang ada di sebelah selatan telah terjatuh dari kedudukan asal.  Yangmana jalan utama Pekan Tutong telah ditimbus olih tanah dari lering bukit tersebut.

Saya telah menerima penggilan kira-kira jam 10.00 malam, maka saya terus turun ketempat kejadian.  Dalam perjalanan tersebut banyak dijumpai pokok-pokok tumbang dan tanah susur dalam kawasan lebuhraya Muara Tutong.  Begitu juga di Kampong Panchor Papan.

Keadaan liring bukit yang runtuh dimana dibawah adalah Jalan Enche Awang. Penghubung utama Ke Pekan Tutong.

Kubur ini sudah menjadi liring bukit kerana kubur-kubur yang berdekatan telah runtuh.

Nampak jauh dibawah satu tambak kubur telah terjatoh dari kedudukannya yang tinggi.


Dalam kegelapan malam jauh dibawah 


Nampak kesan tanah terturun,


Kubur tambak kayu ini sudah dekat dengan tanah runtuh tersebut.

Tambak yang agak besar sudah bergerak untuk jatuh.


Tanah pasir yang nampak sudah bergerak.


Tambak yang sudah pecah.


Tambak-tambak yang sudah tidak teratur lagi.

Keadaan tanah dan kayu yang susur dari bukit Sugan telah menutup sebahagian daripada jalan dibawahnya.

Tanah yang susur apabila ambil diwaktu siangnya.


Nampak tanah ini juga dalam sedikit masa saja lagi akan runtuh jika tidak ditangani dengan sempurna

Jalan yang sudah siap dibersihkan dari ditimbusi tanah dari liring bukit

Bagi mengelak tanah susur, maka dipasang kimbis bagi menghalang air jatoh keatas tanah tersebut.

Batu nisan yang berdekatan dengan tabing bukit yang susur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan