Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Jumaat, 10 September 2010

MASJID HASANAL BOLKIAH TUTONG DIMASUKI AIR

Pada Hari Jumaat, 1 Syawal 1431 bersamaan 10 September 2010, dalam kejadian bencana alam yang berlaku di Daerah Tutong, turut melebatkan Bangunan dan Kawasan Masjid Hasanal Bolkiah, Kampong Suran.  Yangmana masjid tersebut telah ditutup daripada digunakan Bersembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini.  Penduduk sekitarnya telah diarahkan bersembahayang di Masjid yang berdekatan seperti Masjid Kampong Penanjong dan Kampong Keriam.

Kawasan yang ditakungi air. Gambar ini diambil pada jam 1.30 pagi.

Kapet masjid yang sudah rosakkan olih air dan telah dibuka.


Lantai yang sudah dibuka kapet dan nampak basah.

Mesyuarat tergempar diadakan diruang yang masih kering bersama Pegawai Daerah Tutong, Pengarah Hal Ehwal Masjid dan Pegawai Pemerintah ABDB Batallion Kedua.  Ianya dijalankan pada Jam 1.30 pagi.

Sebahagian daripada para jemaah dan AJK Masjid yang turut hadir

Pada paginya kerja-kerja mengeringkan kapet dengan cara menyedut air dijalankan olih pihak swasta.

Keadaan kapet yang basah teruk dan belum siap disedut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan