Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Khamis, 2 September 2010

MAKAM SULTAN SHARIF ALI

Makam ini terletak di Kota Batu berdekatan dengan Makam Sultan Bolkiah dan Bangunan Muzium Brunei. Beginda adalah seorang sultan yang ketiga.  Berketurunan Arab Taif.  Beginda telah mengembangkan ugama islam ke negara ini dan mengislamkan dua orang Sultan sebelum beginda iaitu Sultan Pertama dan Kedua.  Sultan Mohammad dan Sultan Ahmad.  Beginda berkahwin dengan Puteri Sultan Mohammad.

Keadan dom yang telah dibina diatas makam beginda.  Kawasan ini telah diwartakan olih Jabatan Muzium-Muzium, dan dipelihara olih Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam KHEU.  Ianya dijaga olih seorang Penjaga Makam (Pembaca Al Quraan) dan seorang Buruh.

Pada masa ini talian api elektrik kebangunan ini telah terputus.  Dimana kerja-kerja pemeliharaan sedang dijalankan olih Unit Pemeliharaan Bangunan, Bahagian Bangunan & Pemeliharaan, KHEU..

Batu Nisan besar ditengah-tangan bangunan ini dipercayai adalah nisan Makam Sultan Sharif Ali yang juga dikenali dengan Beginda Sultan Berkat.

Keadaan sampah (daun kayu) yang berselirakkan bolih mencemarkan pemendangan para pengunjung yang datang ketampat tersebut.

Lampu yang tersedia terbiar rosak tanpa pemeliharaan yang rapi.  Ianya sudah rosak sejak dua tahun yang lalu.

Domnya yang kotor juga nampak mencacatkan pengelihatan pengunjung ketempat ini.

Dimana juga stor tempat menyimpan barang-barang telah dipecah masuk olih orang-orang yang tidak bertanggungjawab.  Yangmana telah berlaku kehilangan sebuah mesin pemotong rumput jenis sikut.




Kerja-kerja menggali tanah bagi menanam kabel bawah tanah (under ground cable) bagi membekal tenaga elektrik ke bangunan kubah makam tersebut.

Sebelah belakang makam dimana terdapat tempat menyimpan barang dalam keadaan pintunya tebuka luas.  Yangmana telah didapati kehilangan sebuah jentera mesin rumput jenis sikut.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan