Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Isnin, 6 September 2010

JERAYAWARA FARDHU KIFAYAH DI SEKOLAH MENENGAH PERDANA WAZIR KUALA BELAIT’

Pada Hari Selasa dan Rabu, 22hb dan 23hb Jun 2010 yang lalu, telah diadakan kursus fardu Kifayah kepada Guru-Guru dan Penuntut-Penuntut di Sekolah Menengah Perdana Wazir Kuala Belait.  Ianya dihadiri olih seramai 4 orang guru dan 120 orang penuntut dari Tahun 4 dan 5.

Ianya dikenali dengan 4 M iaitu, memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan.  Kurusus tersebut telah dikendalikan olih seorang tenaga pengajar iaitu YM Imam Ibrahim bin Dollah dan dibantu olih dua orang penggapai iaitu YM Dyg Haidiah dan YM Dyg Nazurah.


Para penuntut tekun mendengar penerangan yang telah disampaikan olih Penceramah yang mengendalikan kurusus.
Model jenazah sedang dibaringkan dihadapan perserta kurusus sambil ditujukkan gambar slite,

Dua orang penggapai menunjukan cara-cara menyempurnakan jenazah.

Yangmana mayat akan mula dimandikan disamping tanpa membuka penutup kerana mengelak dari keaifan dihadapan orang ramai.

Para perserta mencuba sendiri bagimana membungkus dengan kain biasa (batik).

Penuntut lelaki juga tidak ketinggalan diberi kursus tersebut.

Cara-cara mengukur dan memotong kain kapan pun ditunjukan bagi memudahkan para perserta kursus memahaminya.

Para perserta membuat sendiri praktikal supaya pemahaman dan pengelaman dapat memudahkan lagi untuk diingat olih mereka.

Priktikal dibuat secara berganti untuk mereka merasa dan memudahkan pemahaman perserta.

Kain kapan yang hendak dipotong hendaklah disukat dengan panjang mayat yang ada didepan kita.

Kain kafan (pembungkus mayat) dihamparkan bagi memudahan meletakkan mayat diatasnya setelah selesai dimandikan. Kamudian dikafankan.

Untuk membuat baju mayat hendaklah disukat betul-betul pada leher mayat agar ianya tidak begintu sempit dan tidak juga begitu longgar.

Sebelum memulakan pemandian mayat, dan sesiapa yang akan memandikan mayat hendaklah membungkus tapak tangan untuk dijadikan bahan pengosok.  Agar ianya tidak terlalu kesat dan menyeksa mayat, dan bolih diyakini untuk memersih dengan sesempurna-sempurnanya.

Kemudian setelah selesai dimandi dan dikafankan maka masuklah pula untuk disembahyangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan