Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Selasa, 9 November 2010

TANAH PERKUBURAN ISLAM PULAIE DIJUMPAI BANYAK BARANG TERBUANG.

Pada Hari Selasa, 9hb November 2010, satu aduan telah diterima daripada orang awam, dimana terdapat barang terbuang seperti besi, batu bekas bangunan dan kayu telah dijumpai didalam tanah.  Yangmana menyukarkan kerja-kerja menggali bagi menanam jenazah orang yang telah meninggal dunia.

Dalam pada itu Ketua Unit Awg Hj Rosli Dato Peduka Hj Zakaria telah berkejar ketempat tersebut bagi melihat sendiri kedudukan sebenar.  Turut hadir Pegawai dari Unit ini YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly dan YM Awg Sulaiman Mohammad.

Turut hadir YM Hj Jofrin Hj Mansoon salah seorang penduduk kampong, jemaah dan jawatankuasa takmir Masjid berdekatan.

YM Hj Rosli menerima penjelasan daripada YM Hj Jofrin salah seorang penduduk Kampong Pulaie yang mengetahui kedudukan sebenar TPI Pulaie ini.

Salah sebuah kubur baru ditanam jenazah berdekatan dengan tempat ditemui barang seperti besi tersebut.

Diantara barang-barang yang dijumpai didalam tanah tersebut kira-kira sedalam 7 kaki.

Terdapat juga bekas binaan seperti batu bata dengan konkret.

Besi bekas bangkai sebuah kereta.

YM Hj Rosli mendengar penerangan daripada salah seorang buruh yang pernah menjalankan kerja-kerja menggali dikawasan tersebut iaitu YM Awg Nordin, yangmana beliau pernah menjumpai barang keras seperti besi, batu dan kayu.

YM Awg Ali, YM Awg Sulaiman dan YM Hj Hazaman menerima penerangan daripada AJK yang Kampong Pulaie dan YM Hj Rosli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan