Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Rabu, 26 Januari 2011

T. P. I. LIMBONGAN TEMPAT LETAK KERETA NYA TELAH DIBUAT GELANGGANG RAGA

Pada Hari Isnin, 25 Januari 2011, pehak Penolong Pengelola dan Pengawas telah mendapati tempat letak kereta dikawasan Tanah Pekuburan Islam Limbongan telah disalah gunakan oleh penduduk Kampong.  Yangmana telah dicat dan dijadikan gelanggang sepak raga.  Perkara ini boleh dijadikan sebagai mencabuli kehormatan kubur.  Dalam lawatan pada hari ini telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Pekuburan diketuai oleh YM Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Hadir bersama: Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Penolong-Penolong Pengelola YM Awg Julaidy bin Haji Samsuddin, YM Haji Abd Jefri bin Haji Jafar dan YM Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, manakala Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut dan YM Awg Sulaiman bin Mohammad. 

Garisan gelanggang telah dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Yang boleh mencemarkan kehormatan sesebuah perkuburan Islam.

Keadaan longkang yang telah terbiar disebabkan tempat ini dijadikan gelanggang dan pekumpulan pemuda di Kampong ini (Kampong Limbongan).

Yangmana sampah ini boleh menyekat perjalanan air dikawasan tersebut.

Barang yang terbiar dan tidak dibuang nampak mencemarkan keadaan ditempat tersebut.

Keadaan ini bertambah tidak elok dipandang oleh orang-orang yang hendak menzarahi kubur tersebut.

Kayu yang digunakan sebagai tiang net nampak terbiar dan tidak elok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan