Pada Hari Rabu 19hb Januari 2011 satu mesyuarat bagi membincangkan hal Tanah Perkuburan Mesyarakat Dusun dan Tanah Perkuburan Mesyarakat Tiong Hua (Cina) di Bukit Dapa, Kampong Kiudang, Daerah Tutong.
Dimana tapak tersebut terletak tidak jauh dari Tapak Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa, Kampong Kiudang, Tutong. Tapak TPI tersebut belum lagi digunakan walaupun sudah lama diwartakan oleh Pehak Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
Hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Pegawai-Pegawai dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU (BDP), Jabatan Hal Ehwal Syaraiah KHEU (JHES), Jabatan Mufti Kerjaan JPM (JMK) dan Jabatan Tanah (JT).
Diantara yang hadir ialah:
1. YM Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad - BDP
2. YM Haji Abd Rahman bin Modin - BDP
3. YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria -BDP
4. YM Haji Ibrahim bin Haji Ratu - BDP
5. YM Awg Mohd Rafea bin Haji Abdullah - BDP (Tutong)
6.YM Awg Nurul Muhaimin bin Haji Abdullah - JHES
7. YM Haji Dennie bah Haji Abdullah - JMK
8. YM Haji Nasrul Azmit bin Abdullah - JMK
9.YM Awangku Harizam bin Pengiran Haji Piut - JT dan
10. YM Awg Abd Marop bin Haji Hamid - JT
YM Pg Alli Pg Hj Mohammad mempengerusikan mesyuarat
Sebahagian daripada Ahli Mesyuarat dari kiri YM Hj Dennie (JMK), YM Awg Nurul Muhaimin (JHES), YM Ak Harizam dan YM Awg Abd Marop (JT)
YM Awg Md Rafea, YM Hj Rosli dan YM Pg Alli. Dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
YM Hj Rosli DP Hj Zakaria, YM Hj Abd Rahman Mudin dan YM Pg Alli Pg Hj Mohammad.(semua dari BDP KHEU)
YM Ak Harizam Pg Hj Piut (JT), YM Abd Marop Hj Hamid (JT) dan YM Awg Hasrul Azmit bin Abdullah (JMK)
Enam hari sebelum pemesyuarataan diadakan lawatan ke tapak tersebut telah dijalankan. Dimana nampak TP Tiong Hua dan TP Puak Dusun masing-masing seluas 2.5 ekar menjadi berjumlah 5 ekar. Yangmana tapak TP Puak Dusun telah diisi dengan mayat orang yang telah mati tetapi tapak bagi puak Tiong Hua telah didirikan tanda bagi dua orang. Dimana berarti belum lagi dipenohi oleh penanaman mayat, maka puak Cina memohon tambah keluasan dari 2.5 ekar menjadi 10 ekar.
Sebahagian yang hadir ketapak tanah yang dimaksudkan. Kelihatan YM Awg Jafar Hj Tinggal (JT), YM Hj Sallleh Hj Besar (BDP) dan YM Hj Rosli DP Hj Zakaria (BDP),
YM Hj Dennie Hj Abdullah (JMK) menerangkan hukum terlalu hampir diantara kubur islam dengan ugama lain yangmana tidak patut bagi negara kita yang mengamalkan sebangai negara MIB.
Kelihataan di jalan penghubung laluan utama ialah YM Nurul Muhaimin Hj Abdullah (JHES), YM Hj Hasrul Azmit bin Abullah (JMK), YM Hj Dennie Hj Abdullah (JMK) dan YM Hj Rosli DP Hj Zakaria (BDP).
Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Hj Salleh Hj Besar dan YM Awg Rafea Hj Abdullah memerikasa batu sempadan yang telah ditanam oleh Jabatan Ukur.
Nampak tapak Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa yang belum lagi digunakan tapi telah lama dipagar dan sudah rosak.
YM Hj Dennie Hj Abdullah (JMK) menerima penerangan daripada pegawai dari Jabatan Tanah.
YM Hj Rosli DP Hj Zakaria berdiri dekat tanda batu sempadan Tanah Perkuburan Puak Dusun.
Dua buah tanda kubur Tiong Hua telah dibuat diatas tapak Tanah Perkuburan Puak Tiong Hua. Yangmana nampaknya memakan kawasan dari keluasan yang telah diluluskan sebanyak 2.5 ekar.
Nampaknya semua pegawai yang hadir telah berbincang tentang perkara untuk memberi kebenaran atau sebaliknya bagi permohonan kaum Tiong Hua (Cina) ini.
YM Awg Japar Hj Tinggal Pegawai dari Jabatan Tanah sedang memeriksa peta gezette.
YM Hj Dennie Hj Abdullah (JMK) menerima penerangan daripada pegawai dari Jabatan Tanah.
YM Hj Rosli DP Hj Zakaria berdiri dekat tanda batu sempadan Tanah Perkuburan Puak Dusun.
Dua buah tanda kubur Tiong Hua telah dibuat diatas tapak Tanah Perkuburan Puak Tiong Hua. Yangmana nampaknya memakan kawasan dari keluasan yang telah diluluskan sebanyak 2.5 ekar.
Nampaknya semua pegawai yang hadir telah berbincang tentang perkara untuk memberi kebenaran atau sebaliknya bagi permohonan kaum Tiong Hua (Cina) ini.
YM Awg Japar Hj Tinggal Pegawai dari Jabatan Tanah sedang memeriksa peta gezette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan