Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Rabu, 26 Januari 2011

T. P. I. JALAN RESIDENCY , T. P. I. TEMPAT MAULANA DAN T. P. I. DAGANG,

,Pada Hari Selasa, 26 Januari 2011, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria telah mengadakan tinjauan lawatan ketempat-tempat tersebut.  Ianya adalah berikutan dengan laporan seorang Hamba Allah kepada YM Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.  Malahan pada akhir-akhir ini beliau sekali lagi menerima aduan yang sama daripada seorang Hamba Allah yang lain.  Yangmana boleh jadi aduan itu bagi tempat yang sama atau ditempat yang lain dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam tersebut.  

Bersama beliau berada ditempat tersebut ialah YM Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, YM Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  YM Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut dan YM Awg Sulaiman bin Mohammad Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Gambar Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.
Lobang ini sering sudah dikambus oleh pehak buruh-buruh kubur.  Ianaya sering berulang disebabkan pada masa ini adalah musin hujan dan ianya sebagai laluan air mengalir keluar dari kawasan ini.

Ianya berulang-ulang sudah dikampus sebanyak tiga kali.

Ini adalah disebelah luar pagar dimana tempat air keluar melalui jalan bawah tanah.

Gambar Tanah Perkuburan Islam Tempat Maulana.

Disini telah lama kelihatan pagar konkret ini telah roboh dan belum diperbaiki.

Tinggalan batu dinding pagar telah terjatoh kedalam longkang. Yangmana ianya terlalu berat untuk diangkat.

Dimana terdapat kubur yang runtuh berdekatan dengan tempat pagar roboh tersebut.






Keadaan pagar yang tidak lurus lagi dan sedikit masa lagi akan rebah kebumi.

Tanah Perkuburan Islam Dagang

Keadaan bangunan tempat sembahyang (Surau) yang telah disediakan tidak dapat digunakan lagi kerana sudah rosak.  Yangmana bangunan ini temapat tinggal orang-orang yang sudah rosak akhlaknya.

Bangunan ini dibena bersama projek pasar ikan yang telah dijadikan pejabat unit tanah-tanah perkuburan islam.

Keadaan centa yang sudah rosak kerana dipugut oleh orang-orang yang tidak bertanggong jawab.

Juga tempat berudu telah dijadikan tempat membuang air kecil.

Kabel elektrik juga telah dirosakkan yangmana tidak menguntungkan mana-mana pehak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan