Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Sabtu, 29 Januari 2011

PROJEK MENIMBOK DAN MENCANTIKKAN T. P. I MERITUS KAMBAR.

Pada Hari Sabtu 29 Januari 2011,  Ketua Unit YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria telah melawat ketempat ini bersama YM Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan dan YM Awg Julaidy bin Haji Samsudin Penolong Pengelola.  

Lawatan bertujuan mempastikan keadaan tempat tersebut agar perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku lagi.  Yangmana sebelum ini pehak Unit sering menerima aduan daripada orang ramai sama ada dari segi keadaan tanah dan lain-lain yang difikirkan menyusahkan orang ramai dalam mengunakan tanah perkuburan yang kita sediakan.

Malahan ada yang tidak bertanggungjawab membuat surat layang tanpa nama.  Ditujukan kepada pehak Menteri Hal Ehawal Ugama dan salinan surat ditujukan Kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya belaku.  Kalau secara baiknya mereka boleh menjumpai pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam sama ada berjumpa sendiri ke Pejabat kami Di Jalan Residency , Bandar Seri Begawan atau melalui talian telepon 2223945.

Lebal nama kubur yang sudah lama 

Lebal adap kubur juga sedia ada kerja-kerja dibuat disebelah hadapan kubur.

Kawasan hadapan yang telah ditembok juga untuk dijadikan tempat penanaman mayat.

Ditambah dengan longkang konkrit. Makanya ia nampak elok bukannya tempat yang menyeramkan.

Disebelah luar pagar hadapan ditanam dengan pokok-pokok untuk memperelokkan keadaan.

Kerja-kerja menembok bagi menambah keluasan tanah perkuburan ini.


Jenkaut digunakan dalam kerja-kerja penembokkan


Rumah keluarga bukan islam berada bersempadanan dengan kubur ini nampak mencemarkan keadaan tapak ini.  Yangmana mereka memelihara binatang walaupun dikurung.

Bintang anjing ini terkurung dalam sangkar yang berdekatan dengan pagar sempadan kubur.  Walaupun ia tidak masuk kedalam kawasan tanah perkuburan islam tetapi masuk dalam kiraan kharim kubur.

Segala pakaian yang dijemur tersidai diatas pagar sempadan kubur.  Ini juga menambah ketidak hormatnya mereka terhadap Tanah Perkuburan Islam ini.

Penghuni sebelah bertanam sayur-sayuran yang mana menjalar diatas pagar yang dibuat sebagai tanda sempadan tanah perkuburan ini.

T. P. I, KIARONG (JAMIE ASR) MENERIMA ADUAN KUBUR BERLUBANG

Pada Hari Sabtu 29 Januari 2011, seorang Hamba Allah telah membuat laporan tentang terdapatnya kubur yang terturun tanahnya.  Yangmana kubur tersebut dipercayai baru ditanam dalam satu ke dua bulan dan dipercayai papan yang menutup mayat telah patah.  
Kakitangan Unit ini telah bergegas ketempat tersebut bagi mempastikan keadaan dan laporan yang diterima.  Pegawai yang mengetuai lawatan YM Haji Mohd Salleh bin Haji Besar berserta beberapa orang pegawai lain.

Keadaan kubur yang berlubang dipercayai papannya telah pecah.

Yangmana juga dilaporkan ada mengeluarkan bau.

 Yangmana ditempat yang berdekatan juga nampak ada lubang menandakan tanahnya terturun.

Keadaan didalam tanah yang digambar secara dekat.

Tindakan yang diambil diarahkan buruh kubur untuk menimbus balik.

Rabu, 26 Januari 2011

T. P. I. JALAN RESIDENCY , T. P. I. TEMPAT MAULANA DAN T. P. I. DAGANG,

,Pada Hari Selasa, 26 Januari 2011, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria telah mengadakan tinjauan lawatan ketempat-tempat tersebut.  Ianya adalah berikutan dengan laporan seorang Hamba Allah kepada YM Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.  Malahan pada akhir-akhir ini beliau sekali lagi menerima aduan yang sama daripada seorang Hamba Allah yang lain.  Yangmana boleh jadi aduan itu bagi tempat yang sama atau ditempat yang lain dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam tersebut.  

Bersama beliau berada ditempat tersebut ialah YM Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, YM Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  YM Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut dan YM Awg Sulaiman bin Mohammad Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Gambar Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.
Lobang ini sering sudah dikambus oleh pehak buruh-buruh kubur.  Ianaya sering berulang disebabkan pada masa ini adalah musin hujan dan ianya sebagai laluan air mengalir keluar dari kawasan ini.

Ianya berulang-ulang sudah dikampus sebanyak tiga kali.

Ini adalah disebelah luar pagar dimana tempat air keluar melalui jalan bawah tanah.

Gambar Tanah Perkuburan Islam Tempat Maulana.

Disini telah lama kelihatan pagar konkret ini telah roboh dan belum diperbaiki.

Tinggalan batu dinding pagar telah terjatoh kedalam longkang. Yangmana ianya terlalu berat untuk diangkat.

Dimana terdapat kubur yang runtuh berdekatan dengan tempat pagar roboh tersebut.






Keadaan pagar yang tidak lurus lagi dan sedikit masa lagi akan rebah kebumi.

Tanah Perkuburan Islam Dagang

Keadaan bangunan tempat sembahyang (Surau) yang telah disediakan tidak dapat digunakan lagi kerana sudah rosak.  Yangmana bangunan ini temapat tinggal orang-orang yang sudah rosak akhlaknya.

Bangunan ini dibena bersama projek pasar ikan yang telah dijadikan pejabat unit tanah-tanah perkuburan islam.

Keadaan centa yang sudah rosak kerana dipugut oleh orang-orang yang tidak bertanggong jawab.

Juga tempat berudu telah dijadikan tempat membuang air kecil.

Kabel elektrik juga telah dirosakkan yangmana tidak menguntungkan mana-mana pehak.


T. P. I. LIMBONGAN TEMPAT LETAK KERETA NYA TELAH DIBUAT GELANGGANG RAGA

Pada Hari Isnin, 25 Januari 2011, pehak Penolong Pengelola dan Pengawas telah mendapati tempat letak kereta dikawasan Tanah Pekuburan Islam Limbongan telah disalah gunakan oleh penduduk Kampong.  Yangmana telah dicat dan dijadikan gelanggang sepak raga.  Perkara ini boleh dijadikan sebagai mencabuli kehormatan kubur.  Dalam lawatan pada hari ini telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Pekuburan diketuai oleh YM Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Hadir bersama: Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Penolong-Penolong Pengelola YM Awg Julaidy bin Haji Samsuddin, YM Haji Abd Jefri bin Haji Jafar dan YM Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly, manakala Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut dan YM Awg Sulaiman bin Mohammad. 

Garisan gelanggang telah dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Yang boleh mencemarkan kehormatan sesebuah perkuburan Islam.

Keadaan longkang yang telah terbiar disebabkan tempat ini dijadikan gelanggang dan pekumpulan pemuda di Kampong ini (Kampong Limbongan).

Yangmana sampah ini boleh menyekat perjalanan air dikawasan tersebut.

Barang yang terbiar dan tidak dibuang nampak mencemarkan keadaan ditempat tersebut.

Keadaan ini bertambah tidak elok dipandang oleh orang-orang yang hendak menzarahi kubur tersebut.

Kayu yang digunakan sebagai tiang net nampak terbiar dan tidak elok.

Khamis, 20 Januari 2011

PROJEK MEMPERBAIKI DAN MEMPERELOKKAN KEADAAN LETAK KERETA DI KUBAH MAKAM DIRAJA

Pada Hari Khamis 20 Januari 2011 Projek memperbaiki kawasan letak kereta di Kubah Makam Diraja Jalan Tutong telah dimulakan.  Dimana diselajurkan dengan menambah landskaf bagi memperelokkan kawasan tersebut.  Tempat tersebut dijadikan sebagai contoh bagi memperelokkan keadaan tanah perkuburan islam.  Ianya nanti Insya Allah akan dilaratkan kelain-lain tempat.

 Bandul tempat landskaf telah dipasang diatas kawasan letak kereta tersebut.

Semua kawasan ini akan dibangunkan semula dengan letak kereta dan landskaf.

Aspal lama dibuang dari tempat tersebut.

Jenkaut juga digunakan bagi kerja-kerja tersebut.

PENYEMPAIAN DERMA KEPADA KAKITANGAN UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM

Pada Hari Rabu 19 Januari 2011, penyempaian derma telah diadakan kepada Dayang Sidah binti Haji Md Zaidi atas pemergian bapa beliau kerahmat Allah baru-baru ini.  Derma telah disampaikan oleh YM Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Majlis berlangsung di Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Jalan Resedincy, Bandar Seri Begawan.

YM Hj Ibrahim sedang menyampaikan derma kepada Dayang Sidah binti Hj Md Zaidi.  Yangmana derma telah dikutip daripada Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

MESYUARAT MENGENAI DENGAN KUBUR MESYARAKAT DUSUN DAN MESYARAKAT TIONG HUA

Pada Hari Rabu 19hb Januari 2011 satu mesyuarat bagi membincangkan hal Tanah Perkuburan Mesyarakat Dusun dan Tanah Perkuburan Mesyarakat Tiong Hua (Cina) di Bukit Dapa, Kampong Kiudang, Daerah Tutong.

Dimana tapak tersebut terletak tidak jauh dari Tapak Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa, Kampong Kiudang, Tutong.  Tapak TPI tersebut belum lagi digunakan walaupun sudah lama diwartakan oleh Pehak Jabatan Perancang Bandar dan Desa.  

Hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Pegawai-Pegawai dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU (BDP), Jabatan Hal Ehwal Syaraiah KHEU (JHES), Jabatan Mufti Kerjaan JPM (JMK) dan Jabatan Tanah (JT).

Diantara yang hadir ialah:
1. YM Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad - BDP
2. YM Haji Abd Rahman bin Modin - BDP 
3. YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria -BDP
4. YM Haji Ibrahim bin Haji Ratu - BDP
5. YM Awg Mohd Rafea bin Haji Abdullah - BDP (Tutong)
6.YM Awg Nurul Muhaimin bin Haji Abdullah - JHES
7. YM Haji Dennie bah Haji Abdullah - JMK
8. YM Haji Nasrul Azmit bin Abdullah - JMK
9.YM Awangku Harizam bin Pengiran Haji Piut - JT dan
10. YM Awg Abd Marop bin Haji Hamid - JT


 YM Pg Alli Pg Hj Mohammad mempengerusikan mesyuarat

Sebahagian daripada Ahli Mesyuarat dari kiri YM Hj Dennie (JMK), YM Awg Nurul Muhaimin (JHES), YM Ak Harizam dan YM Awg Abd Marop (JT)

YM Awg Md Rafea, YM Hj Rosli dan YM Pg Alli. Dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

YM Hj Rosli DP Hj Zakaria, YM Hj Abd Rahman Mudin dan YM Pg Alli Pg Hj Mohammad.(semua dari BDP KHEU)

YM Ak Harizam Pg Hj Piut (JT), YM Abd Marop Hj Hamid (JT) dan YM Awg Hasrul Azmit bin Abdullah (JMK)


Enam hari sebelum pemesyuarataan diadakan lawatan ke tapak tersebut telah dijalankan. Dimana nampak TP Tiong Hua dan TP Puak Dusun masing-masing seluas 2.5 ekar menjadi berjumlah 5 ekar.  Yangmana tapak TP Puak Dusun telah diisi dengan mayat orang yang telah mati tetapi tapak bagi puak Tiong Hua telah didirikan tanda bagi dua orang.  Dimana berarti belum lagi dipenohi oleh penanaman mayat, maka puak Cina memohon tambah keluasan dari 2.5 ekar menjadi 10 ekar.

Sebahagian yang hadir ketapak tanah yang dimaksudkan. Kelihatan YM Awg Jafar Hj Tinggal (JT), YM Hj Sallleh Hj Besar (BDP) dan YM Hj Rosli DP Hj Zakaria (BDP),

YM Hj Dennie Hj Abdullah (JMK) menerangkan hukum terlalu hampir diantara kubur islam dengan ugama lain yangmana tidak patut bagi negara kita yang mengamalkan sebangai negara MIB.

Kelihataan di jalan penghubung laluan utama ialah YM Nurul Muhaimin Hj Abdullah (JHES), YM Hj Hasrul Azmit bin Abullah (JMK), YM Hj Dennie Hj Abdullah (JMK) dan YM Hj Rosli DP Hj Zakaria (BDP).

Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Hj Salleh Hj Besar dan YM Awg Rafea Hj Abdullah memerikasa batu sempadan yang telah ditanam oleh Jabatan Ukur.

Nampak tapak Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa yang belum lagi digunakan tapi telah lama dipagar dan sudah rosak.

YM Hj Dennie Hj Abdullah (JMK) menerima penerangan daripada pegawai dari Jabatan Tanah.

YM Hj Rosli DP Hj Zakaria berdiri dekat tanda batu sempadan Tanah Perkuburan Puak Dusun.

Dua buah tanda kubur Tiong Hua telah dibuat diatas tapak Tanah Perkuburan Puak Tiong Hua. Yangmana nampaknya memakan kawasan dari keluasan yang telah diluluskan sebanyak 2.5 ekar.

Nampaknya semua pegawai yang hadir telah berbincang tentang perkara untuk memberi kebenaran atau sebaliknya bagi permohonan kaum Tiong Hua (Cina) ini.

 YM Awg Japar Hj Tinggal Pegawai dari Jabatan Tanah sedang memeriksa peta gezette.