Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Selasa, 11 Januari 2011

LAWATAN KERJA KE T. P. I. TUNJUK LANGIT, KG LUMAPAS

Pada Hari Isnin, 10hb Januari 2011, lawatan kerja telah dijalan ke Tanah Perkuburan Islam, Tunjuk Langit Kampong Lumapas, Brunei.

Lawatan telah diketuai oleh Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria.  Lawatan dibuat bagi melihat dan mempastikan tentang aduan yang telah diterima daripada YM Dato Peduka Haji Jemat bin Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.  Yangmana beliau adalah anak jati di Kampong tersebut.

Dimana beliau bercadang untuk menanam rumput jenis mata gajah, iaitu jenis rumput yang digunakan dipadang bola.  Ianya ditanam bagi memperelokkan keadaan di tanah perkuburan tersebut yang nampak ada kawasannya yang tidak ditumbuhi oleh rumput dan ianya juga untuk mengelakkan daripada sebarang hakisan.

Papan tanda TPI Tunjuk Langit dan pagar batu yang diwakafkan oleh YM Hjh Apnah bt. Pehin Orang Kaya Shahbandar Awg. Hj Mohd Taha.

Keadaan garisan sempadan disebelah hadapan yang bersempadan dengan jalanraya.

Keadaan sempadan yang bersempadanan dengan Pejabat Pos di Kampong Lumapas.

 Keadaan pondok dan stor yang sudah lama dan perlu diganti dengan yang baru.

YM Hj Rosli sedang melihat sendiri bersama YM Hj Abdul Jefri, YM Awg Julaidy dan YM Pg Sahridin.

YM Hj Rosli sendiri sedang menarik pita sukatan bagi mempastikan ukuran jauh atau panjang sempadan.

YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut membantu dalam kerja-kerja pengukuran.

Dua orang buruh kubur yang memang tinggal dikampong tersebut bercerita tentang keadaan Tanah Perkuburan tersebut. Iaitu YM Hj Mohin Hj Said dan YM Awg Ishak bersama YM Hj Abdul Jefri Hj Japar.

Kedaan sempadan sebelah belakang yang bersempadanan dengan tanah perseorangan.  Dimana kelihataan keadaan tanah yang berbatu-batu yang nampaknya sukar untuk digali jika diperlukan untuk menyebadikan jenazah orang islam.

 Dari sebelah belakang kelihatan pemandangan deretan rumah perpindahan rakyat jati di Kampong tersebut.

Keadaan dalam kawasan kubur yang ditumbuhi rumput dan becak kerana terdapatnya saliran air semulajadi.

Longkang yang telah dibuat bagi mengalehkan perjalanan air, supaya tidak melalui diatas perkuburan yang ada.

Keadaan air yang bertakong dimana tanah ini tidak dapat digunakan untuk mengkebumikan jenazah yangmana ianya perlu untuk diubah atau ditembok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan