Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Sabtu, 4 Disember 2010

MAKAM PEMBESAR NEGARA TERDAPAT DITANAH PERKUBURAN ISLAM KIANGGEH BANDAR SERI BEGAWAN (PENGIRAN DATU PENGHULU).

Pada Hari Sabtu, 4hb Disember 2010, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan YM Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad dan Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria telah mengadakan tinjauan ke Tanah Perkuburan Islam tersebut bersama dengan dua orang pegawai dari Pusat Sejarah Brunei, Negara Brunei Darussalam.  Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam ialah Penolong Pengelola YM Hj Abd Jefri Hj Jafar, YM Hj Hazaman Hj Zulkeffly dan Pengawas Awg Sulaiman Mohammad. 

Dimana mereka telah diberitahu oleh pegawai dari Pusat Sejarah kedudukan Makam-Makam Pembesar Negara Brunei Darussalam. Makam-Makam tersebut ialah:

      1. Makam Sultan Saiful Rijal.
      2. Makam Sultan Haji Muhammad Ali (Raja Bandahara).
      3. Makam Sultan Muhyiddin.
      4. Makam Pengiran Temanggong Abd Raub dan
      5. Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh (Pengiran Sarmayuda).


Mendengar penerangan daripada seorang pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei, dari kiri YM Hj Abdul Jefri Hj Jaafar, YM Pg Alli Pg Hj Mohammad, YM Hj Rosli DP Hj Zakaria.


Kubur ini dipercayai ialah Makam Sultan Saiful Rijal - (Jambul Nisan)

Batu nisan ini dipercayai ialah Makam Sultan Saiful Rijal beginda adalah Sultan Brunei yang ke Tujoh dan memerintah selama 48 tahun dalam tahun 1533-1581

YM Pg Alli mendengar penerangan daripada Pegawai Pusat Sejarah Brunei.

 
Manakala batu nisan ini dipercayai  Makam Sultan yang ke 12 iaitu Sultan Hj Muhmmad Ali (Raja Bandahara).  Yang memerintah Brunei selama setahun sahaja iaitu dalam tahun 1660 hingga 1661.



Batu nisan ini pula dipercayai Makam Sultan yang ke 14 iaitu Sultan Muhyiddin memerintah Brunei dalam tempoh 17 tahun iaitu pada tahun (1673-1690)


Maka batu nisan ini dipercayai Makam Pengiran Temanggong Abdul Raub.

Dan ini pula dipercayai batu nisan Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh (Pengiran Sarmayuda) yang dipercayai kebal dan dibunuh dengan cara dilemaskan dalam air ketika beliau berkayuh dalam perahu yang dibocorkan.  Beliau juga dikenali sebagai pengarang Syair Rakis.

 YM Pg Alli bercerita dengan salah seorang pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei.

YM Hj Rosli mendengar penerangan dari salah seorang lagi pegawai dari JPS.

Pegawai Pusat Sejarah bercerita dihadapan Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh.

Menerima penerangan daripada pegawai pusat sejarah.

12 ulasan:

  1. Asalamwalakum, Tuan Peramba kola hamba saya bernama Pg Hj Md Ridzuan B Pg Hj Md Yunus B Pg Temanggong sahibol Bahar Pg Hj Mohammad B Pg Abd Rahman Piut B Pg Omar Ali B Pg Abd Hamid B Pg Rakib B Pg Temanggong Pg Abd Rajid B Pg Anak Kasim ( Orang Kaya Kasim ) Ibnu Almarhum Sultan Saiful Rizal, Untuk makluman Tuan peramba kola bahawa makam yang di tunjukan itu bukan makam Almarhum Sultan Saiful Rizal, akan tetapi ia adalah makam cucuanda nya. Yang bernama Pg Temanggog Pg Abd Rajid bin Pg Anak Kasim Ibnu Almarhum Sultan Saiful Rizal yang Sultan ke 7. Di atas keraja sama pihak Tuan Peramaba Kola saya berbanyak banyak menucapakan terima kesih wasalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Pg. MD. Ridzuan Saya, Ishak Johari dr Papar, Sabah. Saya ingin berziarah ke makam moyang kami yg dipercayai berada di sekitar kawasan berkenaan. Moyang kami bernama Pg. Sarbanun bte Pg. Badaruddin bin Pg. Rajit bin Pg. Anak Kasim (Imas) bin Sultan Saiful Rizal. Mohon panduannya Pengiran.

      Padam
    2. Oh ini keturunan bujang dan dara adalah keturunan sultan mohamad kanzul alam ke 22 mempunyai 4 isteri dan mempunyai 18 anakda termasuk pg badaruddin,pd mufa hashim,pengiran hasan dan ramai lagi

      Padam
    3. Pg shahbandar mohd saleh sepupu dengan pengiran muda hashim anakda sultan mohamad kanzul alam

      Padam
  2. Al fatihah kepada almarhum pengiran shahbandar pengiran md saleh ibnu pengiran sharmayuda

    BalasPadam
  3. Pengiran shahbandar md salleh di bunuh oleh anak kapal junk dengan membuka lubang maka air telah masuk dan mengakibat kan kapal junk tergelam dan pengiran md salleh meninggal di jumpai oleh nelayan dalam keadaan terapung,apabila anakda putera 7 adik beradik putera dan 2 puteri telah membuat perancangan berhijrah tetapi 2 puteri santubong dan puteri sejinjang tida mahu ikut maka di tinggalkan di gunung lalu 7 putera berlayar bersama 4 pembesar dan 8 juru mudi serta seorang juru batu tugas nya pasti kan batu di negeri mereka berada di dalam pelayaran .mereka singgah di pulau cermin telah membuang peralatan diraja hanya dibawa keris dan peralatan di perlukan apabila mendarat di sebuah negara tanah melayu dan mereka telah menyamar sebagai saudagar dan tidak mengunakan nama bangsawan kerana tidak mahu di kesan oleh komplot james brooke, mereka telah meminta kepada Francis light ketika itu di pulau pinang sebagai pusat dagangan dan pertukaran barang ketika itu .francis light telah memberi kelulusan supaya di kenali tok brunei telah membuka kampung di beri nama bayan lepas .mengambil nama sempena burung dari brunei di lepaskan.james brooke telah menembak kubu di sarawak sebanyak 24 buah bom dari kapal dan telah membunuh pengiran hashim di oleh komplot james brooke telah meminta dari sultan omar ali saifulddin 23 untuk menjadi rajah sarawak tetapi tampa kelulusan,beliau telah berjaya memerintah pada 1841 hingga 1845 .james brooke

    BalasPadam
    Balasan
    1. James brooke telah kutip hasil di bawa balik ke British dan telah tubuh askar renger dayak kemudian di bunuh, kemudian di gantikan memeritah oleh saudaranya charls brooke

      Padam
  4. Kisah ni sebenar ade krisis yg berlaku permasalahan antara adik beradik dan merajuk terus ke tanah melayu

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Kisah ni sebenar ade krisis yg berlaku permasalahan antara adik beradik dan merajuk terus ke tanah melayu

    BalasPadam
  7. Pengiran Indra mahkota Mohd Saleh @ Pengiran shahbandar Mohd Saleh ibnu Pengiran sharmayuda Keturunan ini di tutup di pusat sejarah Brunei ..... dari kesultanan tengah sultan Sulaiman berkawan dengan puteri ratu Soraya kusuma kerajaan kesultanan sambas memerintah Sarawak,sultan kanzul alam mempunyai anakda pengiran muda Hashim,Pengiran Hasan,Pengiran Badaruddin....semua anakdanya ada18 dengan 3 isteri....pergolakan kuasa dan harta kenapa boleh berlaku? Anda boleh lihat salahsilah tersembunyi dan boleh kaji

    BalasPadam
  8. Sejarah dari sultan hakkul mubin di pulau cermin......bersama pg Mahyuddin
    Pengiran dakula turun kepada pg Abdul Rahman.....Pengiran Saifuddin kepada Pengiran Indra mahkota Mohd Saleh turun kepada Pengiran Jaffar berhijrah ke bayan lepas pulau Pinang cicit nya Awangku fekri Farhan pelumba motor Petronas Malaysia umur18 tahun akan sambung keturunan nya

    BalasPadam