Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Sabtu, 4 Disember 2010

MAKAM PEMBESAR NEGARA TERDAPAT DITANAH PERKUBURAN ISLAM KIANGGEH BANDAR SERI BEGAWAN (PENGIRAN DATU PENGHULU).

Pada Hari Sabtu, 4hb Disember 2010, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan YM Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad dan Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria telah mengadakan tinjauan ke Tanah Perkuburan Islam tersebut bersama dengan dua orang pegawai dari Pusat Sejarah Brunei, Negara Brunei Darussalam.  Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam ialah Penolong Pengelola YM Hj Abd Jefri Hj Jafar, YM Hj Hazaman Hj Zulkeffly dan Pengawas Awg Sulaiman Mohammad. 

Dimana mereka telah diberitahu oleh pegawai dari Pusat Sejarah kedudukan Makam-Makam Pembesar Negara Brunei Darussalam. Makam-Makam tersebut ialah:

      1. Makam Sultan Saiful Rijal.
      2. Makam Sultan Haji Muhammad Ali (Raja Bandahara).
      3. Makam Sultan Muhyiddin.
      4. Makam Pengiran Temanggong Abd Raub dan
      5. Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh (Pengiran Sarmayuda).


Mendengar penerangan daripada seorang pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei, dari kiri YM Hj Abdul Jefri Hj Jaafar, YM Pg Alli Pg Hj Mohammad, YM Hj Rosli DP Hj Zakaria.


Kubur ini dipercayai ialah Makam Sultan Saiful Rijal - (Jambul Nisan)

Batu nisan ini dipercayai ialah Makam Sultan Saiful Rijal beginda adalah Sultan Brunei yang ke Tujoh dan memerintah selama 48 tahun dalam tahun 1533-1581

YM Pg Alli mendengar penerangan daripada Pegawai Pusat Sejarah Brunei.

 
Manakala batu nisan ini dipercayai  Makam Sultan yang ke 12 iaitu Sultan Hj Muhmmad Ali (Raja Bandahara).  Yang memerintah Brunei selama setahun sahaja iaitu dalam tahun 1660 hingga 1661.



Batu nisan ini pula dipercayai Makam Sultan yang ke 14 iaitu Sultan Muhyiddin memerintah Brunei dalam tempoh 17 tahun iaitu pada tahun (1673-1690)


Maka batu nisan ini dipercayai Makam Pengiran Temanggong Abdul Raub.

Dan ini pula dipercayai batu nisan Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh (Pengiran Sarmayuda) yang dipercayai kebal dan dibunuh dengan cara dilemaskan dalam air ketika beliau berkayuh dalam perahu yang dibocorkan.  Beliau juga dikenali sebagai pengarang Syair Rakis.

 YM Pg Alli bercerita dengan salah seorang pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei.

YM Hj Rosli mendengar penerangan dari salah seorang lagi pegawai dari JPS.

Pegawai Pusat Sejarah bercerita dihadapan Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh.

Menerima penerangan daripada pegawai pusat sejarah.

1 ulasan:

  1. Asalamwalakum, Tuan Peramba kola hamba saya bernama Pg Hj Md Ridzuan B Pg Hj Md Yunus B Pg Temanggong sahibol Bahar Pg Hj Mohammad B Pg Abd Rahman Piut B Pg Omar Ali B Pg Abd Hamid B Pg Rakib B Pg Temanggong Pg Abd Rajid B Pg Anak Kasim ( Orang Kaya Kasim ) Ibnu Almarhum Sultan Saiful Rizal, Untuk makluman Tuan peramba kola bahawa makam yang di tunjukan itu bukan makam Almarhum Sultan Saiful Rizal, akan tetapi ia adalah makam cucuanda nya. Yang bernama Pg Temanggog Pg Abd Rajid bin Pg Anak Kasim Ibnu Almarhum Sultan Saiful Rizal yang Sultan ke 7. Di atas keraja sama pihak Tuan Peramaba Kola saya berbanyak banyak menucapakan terima kesih wasalam.

    BalasPadam