Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Isnin, 5 Julai 2010

MAKAM RAJA AYANG


Di tengah-tengah Ibu Negara Brunei Darussalam, "Bandar Seri Begawan" berhadapan Pejabat Besar Pos terdapat sebuah Makam atau Perkuburan Islam lama.  Yangmana mengikut cerita dari orang tua-tua ianya adalah satu Makam bagi seorang dari Keluarga Diraja Brunei yang telah dihukum kerana melanggar adat Susila Islam iaitu melakukan perbuatan terkutuk bersama saudaranya sendiri iaitu Sumbang Muhrim.  Beliau dikenal sebagai Raja Ayang atau dikenali juga dengan nama Dang Ayang.

Sultan yang memerintah Brunei pada masa itu telah menjatuhkan hukuman dikubur hidup-hidup.  Dimana  terdapat dalam cerita lisan kononnya dari dalam kubur tersebut pernah didapati terkeluar asap seperti serumbong.  Yangmana dikisahkan didalamnya terdapat menusia yang masih hidup memasak makanan.  Hinggalah ianya  lenyap menandakan sudah meninggal dunia disitu juga.

Pada masa ini tempat tersebut telah diwartakan dan diubahsuai olih Pihak Jabatan Pusat Sejarah.  Ianya sebagai tanda yang Raja Brunei pada masa silam adalah seorang Sultan yang adil tidak kira sama ada dari  kelangan Kerabatnya sendiri atau rakyat jelata yang melakukan kesalahan tetap akan dihukum.

Hauallah Wu Waallam.


Keadaan atap lama perkuburan tersebut sebelum di perbaiki dan diubah suai.


Keliling kawasan telah ditutup untuk projek mengubuh dan membina bangunan yang baru.


Keadaan ceiling batu yang terdapat dalam kawasan Makam Raja Ayang.

Nisan kubur yang dipercayai milik Raja Ayang.

Pagar keliling dibuat dari pada logam anti karat.

Keadaan pagarnya yang nampak cantik dan berukir dari dalam dan luar bangunan

Mantan Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, YM Pengiran Haji Kula bin Pengiran Haji Sulaiman bergambar dalam Makam tersebut.

Bangku batu juga disediakan untuk para Pelawat duduk berehat sambil melihat-lihat kawasan disamping membaca quraan atau bertahlil.

Sebahagian lagi tambak yang dipercayai makam salah seorang lagi dari kelangan keluarga diraja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan