Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Selasa, 26 April 2011

MEMPERBAIKI JETI KE TANAH PERKUBURAN ISLAM PULAU PENDAYAN

Pada Hari Isnin 25hb April 2011, satu kerja pembaikan jeti menuju ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Pendayan Kampong Limbongan telah dijalan oleh Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kemanterian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Kerja-kerja diketuai oleh YM Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Kerja-kerja membaiki jeti dengan mengganti tiangnya dengan kayu baru sambil diperhati oleh YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Sebahagian kakitangan Unit ini yang berkerja memperbaiki jeti tersebut.

 Papan lantai jeti juga sudah nampak mumut telah diganti dengan papan baru.

Sebahagian daripada buruh yang ada sedang memperbaiki segapan (pemegang) tangga untuk naik ke tanah perkuburan tersebut.

Kerja-kerja membancuh semin sedang dijalankan untuk kegunaan memasang balik segapan yang ada.

Jumaat, 8 April 2011

LAWATAN PEGAWAI TINGGI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KE MAKAM DIRAJA

Hari Jumaat 8 April 2011, Rombongan dari Pegawai Tinggi Negeri Johor Darul Takzim telah diadakan.  Yangmana rombongan diketuai oleh Yang Mulia Dato Haji Nooh Gadut, Penesihat Majlis Agama Islam Negeri Johor/Penesihat Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.  

Kedatangan rombongan disambut oleh Yang Mulia Haji Harun bin Haji Junid, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta pegawai dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kelihatan didepan YM Dato Nooh Gadut (4 dari kanan), yangmana beliau sendiri mengepalai bacaan tahlil dan doa.

Sebahagian daripada ahli rombongan yang turut membaca tahlil.

Yang ini pula pegawai dari KHEU yang mengiringi rombongan pelawat.

 YM Dato Nooh telah menzarahi makam Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Peduka Seri Setia Ustaz Dr. Ismail bin Umar Abdul Aziz, bekas Mufti Kerjaan Brunei.  Allahyarham ada salah seorang Pegawai Pinjaman dari Kerajaan Negeri Johor.

YM Dato membacakan doa untuk roh Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja.

YM Hj Harun Hj Junid Timbalan SUT telah menunjukkan Makam Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin III kehadapan majlis YM Dato Nooh Gadot.

YM Dato Nooh menyiram air asah-asahan atas makam Almarhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddin III.

Ketika menyeram diperhati oleh YM Timbalan SUT Hj Harun Hj Junid.

Ini ketika beliau menyiram makam Sultan Ahmad Tajuddin Sultan Brunei Yang Ke 27 (Kekanda Sultan Omar Ali Saifuddin III).

Ini semasa menyiram Makam Sultan Hashim (Sultan ke 25).

YM Dato Nooh berkesudian menandatangani buku lawatan.

Selasa, 5 April 2011

KAYU REBAH DI T. P. I. RANGGAS BESAR.

Pada Hari Selasa 5 April 2011, satu kejadian kayu rebah telah berlaku disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.  Pada malam semalam berlaku hujan lebat dan angin kecang yang mengakibatkan sepohon kayu getah telah rebah diatas Tanah Perkuburan Islam Ranggas Besar BSB.  Yang mengakibatkan kerosakan pada pagar yang berdepan dengan Jalan Tutong.  Ianya berlaku awal pagi tadi, dimana Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dipanggil keluar untuk membersehkan atas jalan tersebut, bagi memudahkan lalu lintas dikawasan tersebut.

Pada waktu kerja Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah berperanan membersehkan tempat tersebut dan dibantu oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan bagi mengangkut sampah-sampah kayu dan pehak Polis Diraja Brunei telah mengawal lalu lintas.

YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakarian Ketua Unit Tanah Tanah Perkuburan Islam juga turun padang melihat kerja-kerja pembersehan dijalankan.
Dalam keadaan awal pagi kayu ini telah rebah menghempap pagar dan menyekat lalu lintas.

Kelihatan pagar yang sudah rosak terhempap kayu getah yang tebah diatasnya.

Nampak kayu yang telah rebah dan merosakkan pagar yang ada.

Kayu yang rebah juga menghempap pada nisan-nisan yang ada di kubur tersebut.
keadaan sebelah dalam kayu yang tumbang keatas pagar.

Nampak besi pagar telah rosak terkena kayu getah yang rebah.

Keadaan kayu yang telah dipotong oleh pehak Jabatan Bomba dan Penyelamat supaya tidak menghalang lalu lintas.

Dalam kejadian pagi ini juga sebuah bot yang disewa oleh Kementerian Pendidikan mengalami kemalangan dalam keadaan cuaca yang tidak baik.

Kerja-kerja memotong telah dijalankan oleh buruh di unit ini.

 Kecakapan buruh ini memudahkan kerja-kerja pembersehan.

Pemotongan ditepi jalan dijalankan serentak.

Kerja-kerja pengangkutan dibantu oleh Jabatan Bandaran BSB,

Bagi mengawal lalu lintas pehak Polis Diraja Brunei juga turut bertugas.

Keadaan jalan agak sebok kerana banyak kenderaan menuju ke BSB.

Kerja-kerja memasukkan sampah untuk dibuang dijalankan oleh buruh JBBSB dan UTTPI.

Sebahagian daripada kakitangan JBBSB yang bertugas pagi ini.

Khamis, 24 Mac 2011

LAWATAN KERJA S. U. T KE PEJABAT U, T, P. I

Pada Hari Khamis, 24 Mac 2011, Setiausaha Tetap I, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Peduka Haji Mohd. Mahdi bin Pehin Orangkaya Digadong Seri Diraja Dato Haji Abd Rahman telah mengadakan lawatan ke Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Jalan Residency Bandar Seri Begawan.  Lawatan disertai oleh Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad.

Ketibaan YM Dato disambut oleh Pengawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam iaitu YM Hj Ibrahim Hj Ratu Pengelola Kanan, YM Hj Mohd Salleh bin Hj Besar Pengelola dan YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly Penolong Pengelola.

YM DP Hj Mohd Mahdi masuk kedalam Pejabat UTTPI, dimulai dengan bilik Penggapai.  Dimana menempatkan seramai 13 orang Penggapai perempuan.

YM Dato mendengar taklimat yang disampaikan oleh YM Pg Alli, selaku Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU.

YM Pg Alli menyampaikan penerangan kepada YM Dato SUT.

YM Dato memeriksa sendiri kedudukan bangku batu yang dibina untuk menjadi Pasar Ikan,  Yangmana tidak dapat digunakan, dan sekarang diserahkan kepada KHEU menjadi Pejabat UTTPI.

 Sebahagian daripada yang turut hadir YM Hj Mohd Salleh Hj Besar, YM Awg Maidin Kafli, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly dan YM Pg Abd Razak Pg Mashor.

YM Dato menerangkan untuk meroboh bangku yang ada dan membuat pejabat baru bagi menempatkan sebahagian lagi pejabat dalam KHEU.

YM Dato menerima penerangan daripada YM Awg Ahmad Senusi Hj Salleh, (Jurutera).

 YM Dato dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Kelihatan sebahagian yang hadir YM Pg Abd Razak dan YM Hj Ibrahim.

Kelihatan YM Awg Ahmad Sanusi dan YM Pg Alli.

 Sebelum balik beliau sempat meninjau persekitaran bangunan pejabat ini.


Khamis, 17 Februari 2011

MAJLIS MAULUD DAN KESYUKURAN SIAPNYA PENGUBAHSUAIAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM.

Pada Hari Khamis, 17 Februari 2011, Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, telah mengadakan majlis dua dalam satu iaitu bersempena dengan Maulud Nabi Muhammad SAW dan Majlis Kesyukuran diatas siapnya pengubahsuaian bangunan Pasar Basah menjadi Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Unit Kenderaan & Pengangkutan (Motor Sangkut),  Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Residency. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Tetamu kehormat juga telah berkesempatan memberikan ucapan dan nasihat kepada hadirin.  Majlis pada hari itu diakhiri dengan Dikir Asrakal dan Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ronny bin Metali, Penjaga Kubah Makam Diraja.


 YM Pg Alli bin Pg Hj Mohammad sedang memberi ucapan pada majlis tersebut.  Hadirin sedang husuk mendengar ucapan beliau.

 Kelihatan tetamu kehormat mengaminkan doa yang telah dibacakan oleh YM Awg Ronny Metali.

Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam turut hadir dimajlis tersebut.

Turut dihadiri oleh Pegawai dan kakitangan Unit Kenderaan dan Pengangkutan (Motor Sangkut)

Buruh-Buruh Kubur dan Buruh Bangunan kelihatan YM Awg Hasrul, YM Awg Othman, YM Awg dan YM Awg Damit.

Ramainya kakitangan Unit Kubur.

Sebahagian Penggapai-Penggapai yang juga hadir dimajlis tersebut.

 Para wanita juga turut berdikir kelihatan YM Pg Dahsimah, YM Dyg Norlila, YM Dyg Azizah, YM Hjh Siti Animi dan YM Hjh Normala.

Mereka juga turut mengaminkan doa. Kelihatan dari Kiri YM Pg Dahsimah, YM Dyg Kambar, YM Hjh Siti Animi, YM Dyg. Norlila, YM Hjh Normala, YM Pg Noraidah, YM Dyg Norfazillah, YM Dyg Noradiana dan YM Dyg Norhidah.

 Tetamu Kehormat juga turut melagukan dikir marhaban. Sambil dipimpin oleh YM Awg Ronny Metali. Kelihatan YM Ak Abu Bakar, YM Pg Isa, YM Awg Ronny, YM Awg Muhaimin, YM Pg Abd Razak, YM Hj Ibrahim, YM Hj Abd Rahman Mudin dan YM Pg Alli.

Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Wanita di Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan juga turut hadir dimajlis tersebut.