Pada Hari Rabu, 4 Mei 2011, satu site meeting telah diadakan ditempat projek pembantongan Jabatan Saliran, Kerja Raya sedang diadakan iaitu bertempat di Simpang 56 Kampong Beribi Mukim Gadong. Penduduk sekitarnya dan orang ramai langsung tidak mengetahui akan adanya kubur lama dikawasan tersebut.
Kecuali ianya cuma diketahui oleh salah seorang penduduk yang sudah berusia kira-kira 85 tahun dan maseh sihat iaitu Yang Mulia Tuan Haji Nodin.
Kecuali ianya cuma diketahui oleh salah seorang penduduk yang sudah berusia kira-kira 85 tahun dan maseh sihat iaitu Yang Mulia Tuan Haji Nodin.
Dalam kerja-kerja yang sedang dibuat oleh pehak Pemborang beliau terus mengarahkan untuk berhenti membuat kerja disebabkan beliau mempercayai ada terdapat satu kubur islam lama diatas tapak tersebut.
Pehak Unit Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan daripada pehak konsultan dan kontraktor untuk mempastikan sama ada tempat yang dimaksudkan adalah Perkuburan Islam.
Pehak Unit Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan daripada pehak konsultan dan kontraktor untuk mempastikan sama ada tempat yang dimaksudkan adalah Perkuburan Islam.
Pehak Unit memang tidak pernah mewartakan (mengezette) tapak tersebut malahan tidak pernah menerima sebarang keterangan menyatakan tempat tersebut adalah Tanah Perkuburan Islam. Apabila dirujuk kepada YM Haji Zaini bin Dato Peduka Haji Othman Ketua Kampong Beribi. Beliau langsung tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, malahan penduduk yang tinggal berdekatan pun tidak mengetahuinya.
Perkara ini telah dimesyuaratkan oleh pehak Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Jabatan Saliran dan Pembentongan, Konsultan dan Kontraktor yang membuat kerja, Ketua Kampong Beribi dan Penghulu Mukim Gadong, telah diadakan pada 27 April 2011 yang lalu.
Dalam permesyuaratan tersebut telah mempersetuju untuk diadakan permeriksaan terlebeh dahulu sebelum kerja-kerja diteruskan.
Dalam permesyuaratan tersebut telah mempersetuju untuk diadakan permeriksaan terlebeh dahulu sebelum kerja-kerja diteruskan.
Maka pada hari inilah diadakan pemeriksaan dan pengorekan tersebut bagi mengenal pasti sama ada betul adanya Kubur ditempat tersebut. Setelah dibuat kerja pengorekan didapati tiada terdapat sebarang tanda-tanda kubur diatas tanah tersebut.
Pehak Ahli yang hadir telah memutuskan untuk diteruskan sahaja projek tersebut. Tetapi mereka harus berwaspada, jika menjumpai sebarang perkara ganjil seperti ada kesan kubur lama pehak mereka harus terus menghubungi pehak yang berkenaan.

Kerja-kerja penggalian dilakukan dikedudukan yang telah diberitahu adanya kubur tersebut.
Jenkaut telah digunakan bagi kerja-kerja diatas.
YM Penghulu Mukim Gadong menerangkan jika pehak kontaktor menjumpai sebarang kegajilan teruslah menghubungi pehak yang berkenaan. Lebeh-lebeh lagi pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.
Kerja-kerja pengalian diarahkan untuk diteruskan saja untuk mempercepatkan selesainya.
YM Penghulu Mukim Gadong menerangkan jika pehak kontaktor menjumpai sebarang kegajilan teruslah menghubungi pehak yang berkenaan. Lebeh-lebeh lagi pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.
Sebahagian yang hadir kakitangan Jabatan Saliran dan Pembentongan, Ketua Kampong Beribi, Konsultan dan Kontraktor.
Keadaan dalam tanah kira-kira sedalam kubur islam yang lazim. Yangmana tidak mendapat sebarang keraguan, menandakan tertanamnya jasad menusia disitu.
Kerja-kerja pengalian diarahkan untuk diteruskan saja untuk mempercepatkan selesainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan