Pada Hari Selasa, 17 Mei 2011, rombongan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Unit Kawalan Akidah, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan lawatan ke dua tapak Kubur lama iaitu Makam Sultan Hasan di Tanjong Chedana Sungai Bunga dan Tanah Perkuburan Islam Pulau Chermin.
Rombongan diketuai olih Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Dato Paduka Haji Zakaria, Dari Unit Tanah Perkuburan Islam disertai olih Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Julaidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Awang Haji Abd Jefri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly.
Manakala Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut. dan Tang Mulia Awang Mohimin din Haji Duraman (Pmk. Pengawas) dari Unit Kawalan Akidah diwakili olih dua orang pegawai iaitu Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa dan Yang Mulia Awang Haji Matnoor bin Haji Mohd Yusof.
Tahlil dan Doa Arwah dipimpin olih Yang Mulia Awang Mohaimin bin Haji Duraman.
Diatas Makam Sultan Hasan tahlil dan doa Arwah dibacakan dipimpin olih YM Awg Mohaimin bin Haji Duraman.
Dalam lawatan mereka telah memeriksa sama ada terdapat perkara-perkara yang memesongkan akidah terdapat berlaku dalam kedua-dua kawasan tersebut. Dalam pemeriksaan tersebut buat masa ini tidak terdapat sebarang unsur yang meragukan.
Kelihatan pegawai yang hadir memeriksa sekeliling kawasan luar pagar Makam dan atas tapak Tanah Perkuburan Islam Sungai Bunga
Bangunan Sekolah Rendah Kampong Sungai Bunga kelihatan didirikan diatas air.
Kawasan Makam Sultan Hasan yang telah dipagar takut dicerobohi.
Lebal nama kubur juga telah dipasang dikawasan tersebut.
Kedudukan makam yang pernah ditenggelami air yangmana perlu untuk ditimbok.
Keadaan pintu gua kecil diatas Pulau Chermin.
Dari Kiri YM Mohaimin Hj Duraman, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly, YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut, Yang Mulia Awang Julaidy Hj Samsudin dan YM Awang Hj Abd Jefri Hj Md Jaafar.
Bangunan Sekolah Rendah Kampong Sungai Bunga kelihatan didirikan diatas air.
Kawasan Makam Sultan Hasan yang telah dipagar takut dicerobohi.
Lebal nama kubur juga telah dipasang dikawasan tersebut.
Kedudukan makam yang pernah ditenggelami air yangmana perlu untuk ditimbok.
Keadaan pintu gua kecil diatas Pulau Chermin.
YM Hj Ibrahim Hj Ratu bersama YM Hj Matnoor Hj Md Yusof bergambar didepan pintu gua.
Sebahagian daripada yang hadir YM Hj Azman Hj Musa dan Pg Sahridin Pg Hj Punggut.
Assalammualikum.
BalasPadamYM Hj Ibrahim Hj Ratu, saya Faizal Riduan sangat berminat untuk mengetahui serba sedikit pengalaman negara tuan dalam pengurusan tanah perkuburan. Mohon emel kepada saya alamat dan no telefon tuan seberapa segera kepada saya di faizalriduan@gmail.com
Terima kasih.