Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Selasa, 2 November 2010

KUBAH MAKAM DIRAJA JALAN TUTONG, PAGAR KELILING DAN JAMBATAN KENAIKKAN DARI SUNGAI.

Hari Selasa 2 November 2010 satu lawatan ke kubah penaikkan di Makam Diraja Jalan Tutong.  Iaitu jambatan tempat naik dari sungai.  Dimana telah didapati banyak sampah sarap didalam sungai tersebut.  

Dalam lawatan tersebut bersama YM Hj Rosli b Dato Peduka Hj Zakaria, YM Hj Ibrahim b Hj Ratu, YM Pg Abd Razak b Pg Apong, YM Hj Zainin b Hj Matarsad, YM Hj Hazaman b. Hj Zulkiffly dan YM Awg Sulaiman b Mohammad. 

Bingkai perahu yang sudah lama terbiar disana.


Sampah-sampah yang hanyut dibawa arus dan terdampar ditebing sungai dan ada juga sampah yang senghaja dibuang dari tebing sungai.

Nampak kotor dimana sampah berselirakkan dekat pagar Makam Diraja.

Kayu-kayu juga berselirakkan didalam sungai.


Dalam lawatan tersebut juga bagi membuat pengubah suaian makam tersebut.  Seperti menambal atap yang bocor, mencat dinding mengubah suai kawasan letak kereta dan garaj kereta kerabat diraja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan