Pada Hari Sabtu, 23hb Oktober 2010, Pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan dari orang ramai bahawa ada kesan tanah susur di Tanah Perkuburan Islam Tempat Maulana Jalan Residency Bandar Seri Begawan.
Dimana pehak Unit telah mengadakan lawatan dan seterusnya mengambil gambar-gambar yang berkaitan dengan kejadian tersebut.
Pagar hadapan jalan telah didapati runtuh disebabkan tekanan dari arus air yang mengalir dari atas bukit Tanah Perkuburan tersebut.
Dimana juga dilihat tanah yang runtuh telah memecahkan dinding pagar batu tersebut. Dan keadaan lapisan tanah telah menjadi tinggi dari paras asalnya dibawah pagar tersebut.
Keadaan pagar yang juga ada didapati retak dan sedikit masa lagi akan menerima akibat yang sama.
Salah sebuah kubur lama yang tidak diketahui warisnya telah terturun dari paras yang sedia ada menjadi ianya berlupak.
Dimana batu nisan juga telah termasuk kedalam tanah.
Keadaan batu nisan telah terturun dari paras asal. Nampak jauh dari paras nisan yang ada berdekatan.
Satu lagi kubur yang berdekatan juga nampak termasuk tanah disebelah luar tambak kubur.
Keadaan tanah yang berlubang juga boleh membimbangkan keluarga simati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan