Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Selasa, 17 Mei 2011

LAWATAN KERJA KE MAKAM SULTAN HASAN DI SUNGAI BUNGA DAN T. P. I. PULAU CHERMIN

Pada Hari Selasa, 17 Mei 2011, rombongan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Unit Kawalan Akidah, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan lawatan ke dua tapak Kubur lama iaitu Makam Sultan Hasan di Tanjong Chedana Sungai Bunga dan Tanah Perkuburan Islam Pulau Chermin.

Rombongan diketuai olih Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Dato Paduka Haji Zakaria,  Dari Unit Tanah Perkuburan Islam disertai olih Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Ratu, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Awang Julaidy bin Haji Samsudin, Yang Mulia Awang Haji Abd Jefri bin Haji Jaafar dan Yang Mulia Awang Haji Hazaman bin Haji Zulkiffly.

Manakala Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam Yang Mulia Pengiran Sahridin bin Pengiran Haji Punggut. dan Tang Mulia Awang Mohimin din Haji Duraman (Pmk. Pengawas) dari Unit Kawalan Akidah diwakili olih dua orang pegawai iaitu Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa dan Yang Mulia Awang Haji Matnoor bin Haji Mohd Yusof.

Tahlil dan Doa Arwah dipimpin olih Yang Mulia Awang Mohaimin bin Haji Duraman.

Diatas Makam Sultan Hasan tahlil dan doa Arwah dibacakan dipimpin olih YM Awg Mohaimin bin Haji Duraman.

Dalam lawatan mereka telah memeriksa sama ada terdapat perkara-perkara yang memesongkan akidah terdapat berlaku dalam kedua-dua kawasan tersebut.  Dalam pemeriksaan tersebut buat masa ini tidak terdapat sebarang unsur yang meragukan.

Kelihatan pegawai yang hadir memeriksa sekeliling kawasan luar pagar Makam dan atas tapak Tanah Perkuburan Islam Sungai Bunga

Bangunan Sekolah Rendah Kampong Sungai Bunga kelihatan didirikan diatas air.

Kawasan Makam Sultan Hasan yang telah dipagar takut dicerobohi.

Lebal nama kubur juga telah dipasang dikawasan  tersebut.

Kedudukan makam yang pernah ditenggelami air yangmana perlu untuk ditimbok.

Keadaan pintu gua kecil diatas Pulau Chermin.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu bersama YM Hj Matnoor Hj Md Yusof bergambar didepan pintu gua.

Dari Kiri YM Mohaimin Hj Duraman, YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly, YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Pg Sahridin Pg Hj Punggut, Yang Mulia Awang Julaidy Hj Samsudin dan YM Awang Hj Abd Jefri Hj Md Jaafar.

Sebahagian daripada yang hadir YM Hj Azman Hj Musa dan Pg Sahridin Pg Hj Punggut.




Selasa, 10 Mei 2011

PROJEK MEMAGAR T. P. I TAIGOI "A" KAMPONG RIMBA

Hari Selasa, 10 Mei 2011, lawatan bagi kerja-kerja memasang pagar baru bagi Tanah Perkuburan Islam Taigoi "A" Kampong Rimba Gadong.

Hadir sama Yang Mulia Awang Husaini dan Yang Mulia Haji Md Zaini, Yang Mulia Haji Ibrahim. Yang Mulia Awang Sulaiman dan Pehak kontraktor yang akan mengendalikan kerja-kerja itu.

Ianya dikendalikan oleh Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Dalam lawatan itu juga menjumpai sampah yang dibuang oleh pehak-pehak yang tidak bertanggongjawab.

Lebal nama kubur yang terdapat disebelah hadapan.




Keadaan pintu pagar sudah berkarat dan lama.


Tangga kayu ini pun juga akan diganti dengan jenis konkrit.


Dua daripada batu nisan yang agak lama terdapat dalam Tanah Perkuburan ini.

Nisan lama dalam satu kawasan yang bertumpuk.

Terdapatnya sampah sarap yang dibuang oleh orang-orang yang tidak bertanggongjawab.

Khamis, 5 Mei 2011

TEMPAT PEMASANGAN PAIP PEMBENTONGAN DI KAMPONG BERIBI DIPERCAYAI ADA KUBUR LAMA

Pada Hari Rabu, 4 Mei 2011, satu site meeting telah diadakan ditempat projek pembantongan Jabatan Saliran, Kerja Raya sedang diadakan iaitu bertempat di Simpang 56 Kampong Beribi Mukim Gadong.  Penduduk sekitarnya dan orang ramai langsung tidak mengetahui akan adanya kubur lama dikawasan tersebut.

Kecuali ianya cuma diketahui oleh salah seorang penduduk yang sudah berusia kira-kira 85 tahun dan maseh sihat iaitu Yang Mulia Tuan Haji Nodin.  

Dalam kerja-kerja yang sedang dibuat oleh pehak Pemborang beliau terus mengarahkan untuk berhenti membuat kerja disebabkan beliau mempercayai ada terdapat satu kubur islam lama diatas tapak tersebut.

Pehak Unit Tanah Perkuburan Islam telah menerima aduan daripada pehak konsultan dan kontraktor untuk mempastikan sama ada tempat yang dimaksudkan adalah Perkuburan Islam.

Pehak Unit memang tidak pernah mewartakan (mengezette) tapak tersebut malahan tidak pernah menerima sebarang keterangan menyatakan tempat tersebut adalah Tanah Perkuburan Islam.  Apabila dirujuk kepada YM Haji Zaini bin Dato Peduka Haji Othman Ketua Kampong Beribi.  Beliau langsung tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, malahan penduduk yang tinggal berdekatan pun tidak mengetahuinya.  

Perkara ini telah dimesyuaratkan oleh pehak Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Jabatan Saliran dan Pembentongan, Konsultan dan Kontraktor yang membuat kerja, Ketua Kampong Beribi dan Penghulu Mukim Gadong, telah diadakan pada 27 April 2011 yang lalu. 

Dalam permesyuaratan tersebut telah mempersetuju untuk diadakan permeriksaan terlebeh dahulu sebelum kerja-kerja diteruskan.

Maka pada hari inilah diadakan pemeriksaan dan pengorekan tersebut bagi mengenal pasti sama ada betul adanya Kubur ditempat tersebut.  Setelah dibuat kerja pengorekan didapati tiada terdapat sebarang tanda-tanda kubur diatas tanah tersebut.

Pehak Ahli yang hadir telah memutuskan untuk diteruskan sahaja projek tersebut.  Tetapi mereka harus berwaspada, jika menjumpai sebarang perkara ganjil seperti ada kesan kubur lama pehak mereka harus terus menghubungi pehak yang berkenaan.

  Kerja-kerja penggalian dilakukan dikedudukan yang telah diberitahu adanya kubur tersebut.

Jenkaut telah digunakan bagi kerja-kerja diatas.

YM Penghulu Mukim Gadong menerangkan jika pehak kontaktor menjumpai sebarang kegajilan teruslah menghubungi pehak yang berkenaan.  Lebeh-lebeh lagi pehak Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Sebahagian yang hadir kakitangan Jabatan Saliran dan Pembentongan, Ketua Kampong Beribi, Konsultan dan Kontraktor.

 Keadaan dalam tanah kira-kira sedalam kubur islam yang lazim.  Yangmana tidak mendapat sebarang keraguan, menandakan  tertanamnya jasad menusia disitu.

Kerja-kerja pengalian diarahkan untuk diteruskan saja untuk mempercepatkan selesainya.

Rabu, 4 Mei 2011

SUT KHEU MELAWAT PERKUBURAN TIONGHUA DAN DUSUN

Pada Hari Selasa 3 Mei 2011, Setiausaha Tetap II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Aziz bin OKML Haji Mohd Yusof, telah mengadakan lawatan ketapak Tanah Perkuburan Kaum Tionghua dan Dusun.  Yangmana kubur tersebut berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa, Kampong Kiudang.

Turut hadir Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam. Yang Mulia Haji Madzneh bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, berserta pegawai-pegawai yang lain.

YM Ustaz Hj Abd Aziz melihat secara dekat kedudukan tapak Perkuburan Tionghua, disamping YM Pg Alli dan YM Hj Rosli.

Disamping YM Ustaz Hj Abd Aziz ialah YM Hj Madzneh KPU Daerah Tutong dan YM Hj Mohd Deli Hj Raya, Ketua Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong.

Sebahagian sudah dibina dengan tempat penanaman mayat bagi kaum Tionghua.  Ianya nampak memakan kawasan tanah.  Yangmana bagi kaum ini telah diberikan dengan keluasan 2.5 ekar.  Manakala bagi Puak Dusun telah diberikan keluasan yang sama. Yangmana berjumlah 5 ekar.

Selasa, 26 April 2011

MEMPERBAIKI JETI KE TANAH PERKUBURAN ISLAM PULAU PENDAYAN

Pada Hari Isnin 25hb April 2011, satu kerja pembaikan jeti menuju ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Pendayan Kampong Limbongan telah dijalan oleh Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kemanterian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Kerja-kerja diketuai oleh YM Haji Mohd Salleh bin Haji Besar, Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Kerja-kerja membaiki jeti dengan mengganti tiangnya dengan kayu baru sambil diperhati oleh YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Sebahagian kakitangan Unit ini yang berkerja memperbaiki jeti tersebut.

 Papan lantai jeti juga sudah nampak mumut telah diganti dengan papan baru.

Sebahagian daripada buruh yang ada sedang memperbaiki segapan (pemegang) tangga untuk naik ke tanah perkuburan tersebut.

Kerja-kerja membancuh semin sedang dijalankan untuk kegunaan memasang balik segapan yang ada.

Jumaat, 8 April 2011

LAWATAN PEGAWAI TINGGI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KE MAKAM DIRAJA

Hari Jumaat 8 April 2011, Rombongan dari Pegawai Tinggi Negeri Johor Darul Takzim telah diadakan.  Yangmana rombongan diketuai oleh Yang Mulia Dato Haji Nooh Gadut, Penesihat Majlis Agama Islam Negeri Johor/Penesihat Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.  

Kedatangan rombongan disambut oleh Yang Mulia Haji Harun bin Haji Junid, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta pegawai dari Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kelihatan didepan YM Dato Nooh Gadut (4 dari kanan), yangmana beliau sendiri mengepalai bacaan tahlil dan doa.

Sebahagian daripada ahli rombongan yang turut membaca tahlil.

Yang ini pula pegawai dari KHEU yang mengiringi rombongan pelawat.

 YM Dato Nooh telah menzarahi makam Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Peduka Seri Setia Ustaz Dr. Ismail bin Umar Abdul Aziz, bekas Mufti Kerjaan Brunei.  Allahyarham ada salah seorang Pegawai Pinjaman dari Kerajaan Negeri Johor.

YM Dato membacakan doa untuk roh Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja.

YM Hj Harun Hj Junid Timbalan SUT telah menunjukkan Makam Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin III kehadapan majlis YM Dato Nooh Gadot.

YM Dato Nooh menyiram air asah-asahan atas makam Almarhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddin III.

Ketika menyeram diperhati oleh YM Timbalan SUT Hj Harun Hj Junid.

Ini ketika beliau menyiram makam Sultan Ahmad Tajuddin Sultan Brunei Yang Ke 27 (Kekanda Sultan Omar Ali Saifuddin III).

Ini semasa menyiram Makam Sultan Hashim (Sultan ke 25).

YM Dato Nooh berkesudian menandatangani buku lawatan.

Selasa, 5 April 2011

KAYU REBAH DI T. P. I. RANGGAS BESAR.

Pada Hari Selasa 5 April 2011, satu kejadian kayu rebah telah berlaku disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.  Pada malam semalam berlaku hujan lebat dan angin kecang yang mengakibatkan sepohon kayu getah telah rebah diatas Tanah Perkuburan Islam Ranggas Besar BSB.  Yang mengakibatkan kerosakan pada pagar yang berdepan dengan Jalan Tutong.  Ianya berlaku awal pagi tadi, dimana Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dipanggil keluar untuk membersehkan atas jalan tersebut, bagi memudahkan lalu lintas dikawasan tersebut.

Pada waktu kerja Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah berperanan membersehkan tempat tersebut dan dibantu oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan bagi mengangkut sampah-sampah kayu dan pehak Polis Diraja Brunei telah mengawal lalu lintas.

YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakarian Ketua Unit Tanah Tanah Perkuburan Islam juga turun padang melihat kerja-kerja pembersehan dijalankan.
Dalam keadaan awal pagi kayu ini telah rebah menghempap pagar dan menyekat lalu lintas.

Kelihatan pagar yang sudah rosak terhempap kayu getah yang tebah diatasnya.

Nampak kayu yang telah rebah dan merosakkan pagar yang ada.

Kayu yang rebah juga menghempap pada nisan-nisan yang ada di kubur tersebut.
keadaan sebelah dalam kayu yang tumbang keatas pagar.

Nampak besi pagar telah rosak terkena kayu getah yang rebah.

Keadaan kayu yang telah dipotong oleh pehak Jabatan Bomba dan Penyelamat supaya tidak menghalang lalu lintas.

Dalam kejadian pagi ini juga sebuah bot yang disewa oleh Kementerian Pendidikan mengalami kemalangan dalam keadaan cuaca yang tidak baik.

Kerja-kerja memotong telah dijalankan oleh buruh di unit ini.

 Kecakapan buruh ini memudahkan kerja-kerja pembersehan.

Pemotongan ditepi jalan dijalankan serentak.

Kerja-kerja pengangkutan dibantu oleh Jabatan Bandaran BSB,

Bagi mengawal lalu lintas pehak Polis Diraja Brunei juga turut bertugas.

Keadaan jalan agak sebok kerana banyak kenderaan menuju ke BSB.

Kerja-kerja memasukkan sampah untuk dibuang dijalankan oleh buruh JBBSB dan UTTPI.

Sebahagian daripada kakitangan JBBSB yang bertugas pagi ini.