Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Khamis, 3 Jun 2010

KETERANGAN MENGENAI UNIT INI



Makam Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III

Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam adalah salah satu unit dibawah Pentadbiran Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, dan ditempatkan dibangunan Pasar Basah, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.

Unit ini dianggotai olih seramai 103 orang Pegawai dan Kakitangan termasuk tenaga buruh, pembaca quraan dan penggapai di seluruh negara.

Daerah Brunei dan Muara seramai 62 orang, Daerah Belait seramai 16 orang, di Daerah Tutong seramai 14 orang dan di Daerah Temburong seramai 11 orang. Makanya berjumlah 103 orang.

Unit ini mentadbir lebih 200 buah tapak Perkuburan Islam seluruh negara dengan keluasan melebihi 300 ekar.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Memberikan perkhidmatan pembersihan kawasan tapak tanah perkuburan islam.

Menjaga dan memelihara Makam-Makam Diraja.

Menyediakan kemudahan-kemudahan asas tanah perkuburan Islam.

Menyediakan tenaga buruh bagi menggali kubur jika dikehendaki olih Ahli-Ahli Warith simati.

Memberikan perkhimatan bantuan dalam perkara-perkara seperti menebang pokok tumbang yang berlaku dikawasan tanah perkuburan, membaiki tangga-tangga kayu serta majlis gotong royong bagi membersihkan tanah perkuburan islam yang dikendalikan olih pihak-pihak yang berkenaan.

Menyimpan warta (gazette) tanah-tanah perkuburan Islam.

Memberikan perkhidmatan penggapai perempuan bagi memandikan dan menggapankan pada bila-bila masa dikehendaki olih Ahli-Ahli Warith.

Menyediakan tenaga pengajar (Penggapai) bagi mengendalikan kursus-kursus menyempurnakan jenazah kepada pihak-pihak yang menghendaki.

Menyediakan tenaga bantu (buruh) bagi majlis-majlis keugamaan yang dikendalikan olih Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan