Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Khamis, 17 Februari 2011

MAJLIS MAULUD DAN KESYUKURAN SIAPNYA PENGUBAHSUAIAN PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM.

Pada Hari Khamis, 17 Februari 2011, Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, telah mengadakan majlis dua dalam satu iaitu bersempena dengan Maulud Nabi Muhammad SAW dan Majlis Kesyukuran diatas siapnya pengubahsuaian bangunan Pasar Basah menjadi Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan Unit Kenderaan & Pengangkutan (Motor Sangkut),  Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Residency. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Tetamu kehormat juga telah berkesempatan memberikan ucapan dan nasihat kepada hadirin.  Majlis pada hari itu diakhiri dengan Dikir Asrakal dan Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ronny bin Metali, Penjaga Kubah Makam Diraja.


 YM Pg Alli bin Pg Hj Mohammad sedang memberi ucapan pada majlis tersebut.  Hadirin sedang husuk mendengar ucapan beliau.

 Kelihatan tetamu kehormat mengaminkan doa yang telah dibacakan oleh YM Awg Ronny Metali.

Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam turut hadir dimajlis tersebut.

Turut dihadiri oleh Pegawai dan kakitangan Unit Kenderaan dan Pengangkutan (Motor Sangkut)

Buruh-Buruh Kubur dan Buruh Bangunan kelihatan YM Awg Hasrul, YM Awg Othman, YM Awg dan YM Awg Damit.

Ramainya kakitangan Unit Kubur.

Sebahagian Penggapai-Penggapai yang juga hadir dimajlis tersebut.

 Para wanita juga turut berdikir kelihatan YM Pg Dahsimah, YM Dyg Norlila, YM Dyg Azizah, YM Hjh Siti Animi dan YM Hjh Normala.

Mereka juga turut mengaminkan doa. Kelihatan dari Kiri YM Pg Dahsimah, YM Dyg Kambar, YM Hjh Siti Animi, YM Dyg. Norlila, YM Hjh Normala, YM Pg Noraidah, YM Dyg Norfazillah, YM Dyg Noradiana dan YM Dyg Norhidah.

 Tetamu Kehormat juga turut melagukan dikir marhaban. Sambil dipimpin oleh YM Awg Ronny Metali. Kelihatan YM Ak Abu Bakar, YM Pg Isa, YM Awg Ronny, YM Awg Muhaimin, YM Pg Abd Razak, YM Hj Ibrahim, YM Hj Abd Rahman Mudin dan YM Pg Alli.

Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Wanita di Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan juga turut hadir dimajlis tersebut.

Khamis, 10 Februari 2011

KERJA-KERJA MEMOTONG KAYU REBAH DI T. P. I. KG PUDAK.

Pada Hari Rabu 9 Februari 2011, sekumpulan buruh Unit ini telah mengadakan kerja-kerja pembersehan kayu tumbang di Tanah Perkuburan Islam Kampong Pudak.  Kerja-kerja telah diketuai oleh YM Awang Julaydi bin Haji Samsudin, Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam. 

Pemandangan dari sungai dimana kayu telah mengembap keatas pagar yang ada.

Keadaan apabila diambil gambar secara dekat.

Buruh-buruh di Unit ini telah memulakan kerja bagi memenggal dan membuang kayu yang ada.

 Kerja-kerja siap dalam hari yang sama.

Selasa, 8 Februari 2011

PROJEK MEMPERBAIKI PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM

Pada Hari Selasa 8 Februari 2011, pemeriksaan telah dibuat bagi kerja-kerja pembaikan pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam yang sedang dilakukan.

Longkang yang sering tersumbat telah diperbaiki

Konkrit yang menutup longkang telah di buat baru untuk mudah dibuka jika terdapat barang-barang yang menghalang perjalanan air.

Mempastikan laluan air baik dan mudah untuk air bergerak.

Keadaan longkang menuju ke Sungai Kianggeh nampak sudah baik.

Keadaan yang cantik apabila sudah siap dibuat.

YM Hj Rosli memberi teguran untuk mempastikan keadaan laluan air lancar dan tidak terhalang.

Memperhati keadaan setelah siap dibuat.yang perlu diubah sedikit agar ianya elok dan lancar.

Keadaan yang kotor dicuci dengan mengunakan kompresor.

Nampak elok setelah dicuci.

YM Hj Rosli mempastikan keadaan baik.

Pintu pejabat baru bagi menempatkan Unit Motor Sangkut.

Lampu dan kipas didalamnya telah diperbaiki dan diganti.

Dinding nampak cantik dicat semula.

Kipas angin dan lampu dalam keadaan yang baik.