Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Isnin, 20 Disember 2010

S. U. T, K. H. E. U TELAH MELAWAT MAKAM-MAKAM SULTAN-SULTAN BRUNEI.

Pada Hari Isnin, 20 Disember, 2010, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Dato Peduka Awang Haji Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Seri Setia Haji Abd Rahman telah mengadakan lawatan ke Makam-Makam Sultan-Sultan Brunei.  Kehadiran beliau telah disambut oleh  Pengarah Jabatan Muzium-Muzium Brunei YM Awang Bantong bin Antaran, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan KHEU YM Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria dan Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam KHEU,  Jabatan Pusat Sejarah Berunei dan  Jabatan Muzium-Muzium Brunei.

Ianya diadakan bagi menjaga khazanah lama iaitu Makam-Makam Sultan-Sultan Brunei.  Dimana lawatan dimulakan di Bangunan Kubah Makam Diraja Jalan Tutong.  Di Makam ini menempatkan seramai 9 orang Sultan yangmana 4 daripadanya berada betul-betul didalam bangunan kubah. 

YM Dato SUT menerima penerangan daripada salah seorang pegawai dari Jabatan Pusat Serjah Brunei YM Awang Motalip disaksikan olih Pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei. Nampak dalam gambar YM Hj Ibarahim, YM Pg Hj Anuar dan YM Hj Rosli.

Nampak Makam Sultan Omar Ali Saifuddien I yangmana berada disebelah luar bangunan makam.  Masa ini makam ini tidak beratap, dimana YM SUT bertanya tentang peruntukkan telah diberi dan kenapa ianya maseh belum lagi dilaksanakan.
Soalan demi soalan ditanyakan oleh YM Dato SUT, kepada YM Awang Motalip sambil diperhatikan oleh hadirin.

YM Dato Hj Md Mahdi bertanya tentang penjagaan supaya ianya tidak pupus ditelan zaman daripada pegawai Jabatan Pusat Sejarah Brunei. Sambil diperhati oleh YM Hj Rosli Dato Peduka Hj Zakaria.

YM Dato SUT bertanya sesuatu kepada YM Hj Rosli


 Nampak YM Pg Alli Pg Hj Mohammad sedang memerhati keadaan sekitar, disamping pegawai-pegawai yang lain.  Dimana YM Dato Hj Md Mahdi maseh bertanya-tanya tentang pehak atau jabatan mana yang patut dipertanggungjawabkan bagi kerja-kerja penjagaan dan pembaikkan. 

 YM Dato mendengar pula penerangan daripada Pengarah Muzium-Muzium Brunei YM Awang Bantong Antaran (berbaju merah bertali leher) sambil diperhati oleh hadirin.  Beliau menjelaskan tentang penjagaan dan pemuliharaan dikendalikan oleh pehak mereka (Jabatan Muzium-Muzium Brunei).

Ini adalah batu nisan milik Al Marhum Sultan Abdul Mumin yang dipercayai berasal dari nisan kayu dan bertukar menjadi nisan batu.

Dikedudukan Makam Sultan Abdul Mumin dimana terlihat YM Hj Ibrahim, YM Pg Hj Anuar dan YM Dato SUT.

YM Dato melihat kedudukan yang sering dimasuki air ketika hujan lebat.  Dimana kebetulan jatuh diatas tambak makam Al Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien III.

YM Dato memerhati sebelah luar dari sebelah dalam sambil diiring oleh YM Pg Alli.

Sebahagian daripada pegawai Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, YM Hj Ibrahim, YM Awg Sulaiman dan YM Pg Sahridin.

Sebahagian daripada pembaca Quraan (Penjaga Kubah Makam Diraja) iaitu YM Awg Ronny Metali dan YM Awg Muhaimin Duraman.

Dalam Bangunan Kubah Makam Diraja terletaknya makam 4 orang Sultan iaitu:

1.  Makam Sultan Omar Ali Saifuddien III (Sultan Yang Ke 28 - 1950 hingga 1967),
2. Makam Sultan Ahmad Tajuddin (Sultan Yang Ke 27 - 1924 hingga 1950)
3. Makam Sultan Muhammad Jamalul Alam II (Sultan Yang Ke 26 - 1906 hingga 1924 ) dan
4. Makam Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin  (Sultan Yang Ke 25 - 1885 hingga 1906)

Manakala dibahagian luar Bangunan Kubah Makam seramai 5 orang Sultan ialah:

1.  Makam Sultan Abdul Mumin (Sultan Yang Ke 24 - 1852 hingga1885),
2.  Makam Sultan Omar Ali Saifuddien II (Sultan Yang Ke 23 - 1828 hingga 1852),
3.  Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam (Sultan Yang Ke 21 - 1807 hingga 1826),
4.  Makam Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Yang Ke 19 - 1795 hingga 1804) dan (1804 hingga 1807),
5.  Makam Sultan Omar Ali Saifuddien I (Sultan Yang Ke 18 - 1740 hingga 1795).

Lawatan seterusnya berpindah ke Makam Di Luba dimana terdapatnya makam bagi dua orang Sultan.

YM Pg Alli, YM Pg Anuar dan YM Awg Bantong sedang menuju ke Makam Di Luba.

YM Ketua Kampong Bunut Hj Adanan Hj Salleh juga turut serta dalam lawatan tersebut.

YM Dato bercerita tentang sejarah permakaman Di Luba ini yangmana dipercayai disebabkan menyelamatkan diri dalam peperangan.

YM Dato Hj Md Mahdi mendengar penerangan daripada YM Hj Adanan Hj Salleh (Ketua Kampon Bunut) disamping Pg Anuar.

Penjaga Kubah Makam Di Luba YM Awg Hamri Mantin sedang bercerita sesuatu kehadapan Dato SUT.

Seterusnya rombongan terus melawat dibahagian belakang makam iaitu jambatan sebelah selatan.

YM Hj Rosli menerangkan kepada YM Dato tentang jambatan ini sering digunakan oleh orang-orang perseorangan bagi mengail atau merambat ikan.  Dimana juga sering didapati kotor dan sukar untuk memberseihkannya.

Sebahagian daripada kesan kotor dari lampu-lampu minyak atau kebait yang digunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.


Seterusnya rombongan terus melawat ke Makam Di Luba Kampong Bunut.  Dimana dalam Kubah Makam Di Luba dipercayai terdapat Makam 2 orang Sultan iaitu:

1.  Makam Sultan Husin Kamaluddin (Sultan Yang Ke 16 - 1710 hingga1730 dan 1737 hingga1740
2.  Makam Sultan Abdul Kahar (Sultan Yang Ke 6 - 1524 hingga1530).

YM Dato Peduka Hj Md Mahdi mendengar penerangan daripada YM Pg Alli mengenai Makam Pg Shahbandar Mohd Salleh.

YM Pg Alli disamping Makam Sultan Muhyiddin sambil diperhati YM Dato.

Seterusnya penerangan diberikan oleh salah seorang pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei.

YM Pg Alli mencuba mengenakan jambul nisan yang sudah patah bagi membandingkan keunikkan lurikan batu nisan.

Sebahagian daripada kakitangan Unit Tanah Perkuburan Islam iaitu YM Hj Rosli DP Hj Zakaria, YM Awg Nordin Yusof, YM Awg Julaydi Hj Samsuddin, YM Hj Hazaman Hj Zulkiflly, YM Hj Md Salleh Hj Besar, YM Hj Abd Jefri Hj Japar dan YM Pg Sahridin Pg Hj Pungut.

Selepas itu rombongan terus ke Tanah Perkuburan Islam Tarap Besar Bandar Seri Begawan yangmana terdapat Makam 2 orang Sultan iaitu:

1.   Makam Sultan Muhyiddin (Sultan Yang Ke 14 - 1673 hingga 1690) dan
2.   Makam Sultan Haji Mohammad Ali (Sultan Yang Ke 12 - 1660 hingga 1661)

Nisan yang atas sekali ialah Makam Sultan Hj Mohd Ali yang juga dikenali Raja Bandahara.

YM Awg Bantong Antaran menerangkan sejarah Sultan Hj Mohd Ali kepada YM Dato sambil diperhati oleh hadirin.

Rombongan berada di TPI Pengiran Datu Penghulu dimana dipercayai terdapatnya Makam Sultan Saiful Rijal. 

Batu Nisan yang panjang dan kedudukannya dipuncak bukit ini dipercayai makam Sultan Saiful Rijal.

YM Awg Bantong menceritakan kedudukan Makam mengikut perjalanan sejarah yang dipercayai sambil diperhati oleh hadirin.

Seterusnya ke Tanah Perkuburan Islam yang berhampiran  iaitu TPI Pengiran Datu Penghulu dimana terdapat sebuah Makam iaitu:

1.   Makam Sultan Saiful Rijal (Sultan Yang Ke 7 - 1533 hingga 1581).

Akhirnya lawatan berhenti dimakam 2 orang Sultan yang terletak di Kampong Kota Batu iaitu:

1.   Makam Sultan Bolkiah (Sultan Yang Ke 5 - 1485 hingga 1524) dan
2.   Makam Sultan Sharif Ali (Sultan Yang Ke 3 - 1425 hingga  1432).
 Rombongan menuju ke Kampong Kota Batu, persinggahan pertama di Makam Sultan Sharif Ali

YM Dato memerhati batu nisan secara dekat bersama YM Pg Anuar Pg Seri Indera Hj Ismail.

YM Dato bertanya sesuatu kepada Penjaga Makam Diraja (Pembaca Al Quraan) Awg Kifli sambil diperhati Hj Rosli, Awg Julaidy dan Pg Sahridin.

Sebelum beredar dari Makam Sultan Sharif Ali semua melihat keindahan kubah dan lain-lain keperluan di makam ini.

Sebelum masuk ke Makam Sultan Bolkiah Pengarah Muzium-Muzium Brunei YM Awg Bantong Antaran menerangkan kedudukan makam yang tercatit dipapan tanda kepada YM Dato Peduka Awg Hj Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Seri Setia Awg Hj Abd Rahman.

Terlihat dari jauh Kubah Makam Sultan Bolkiah iaitu Sultan Brunei Yang Ke Lima.

Makam Sultan Bolkiah yangmana dipercayai juga dimakamkan bersama isteri beginda Puteri Laila Menchanai.

Rombongan melihat sendiri yangmana nisan kecil bersebelahan dipercayai Makam Puteri Laila Menchanai.  Yang juga dipercayai satu daripada nisannya telah dilarikan dan berada di Wilayah Limbang Sarawak.  Apabila pehak Jabatan Muzium datang untuk mengambilnya kembali mereka mendapati batu nisan tersebut telah dikonkret keras.


Sabtu, 11 Disember 2010

TANAH PERKUBURAN ISLAM DI KL CUKUP HINGGA 40 TAHUN

Di petik dari Malaysiakini.

Tanah Perkuburan Islam di Kuala Lumpur mampu menampung keperluan hingga 40 tahun akan datang berikutan pembukaan kawasan perkuburan baru di Bukit Jalil seluas 8.9 hektar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata berdasarkan jumlah kematian ketika ini iaitu pada purata 30 kematian sehari, tanah perkuburan sedia ada termasuk yang baru diluluskan di Bukit Jalil, adalah mencukupi bagi tempoh 40 tahun akan datang.

Selain itu, Kuala Lumpur juga mempunyai 20 tanah perkuburan, termasuk yang terbesar iaitu Tanah Perkuburan Islam KL-Karak seluas 39.7 hektar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-Royong Perdana 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Ia merupakan program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) yang bertujuan menjadikan kawasan tanah perkuburan Islam bersih, indah dan nyaman dengan hiasan lanskap.

Jamil Khir berkata MAIWP telah meluluskan peruntukan sebanyak RM416,000 bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan kubur.

"Bajet ini akan digunakan untuk kerja-kerja pembersihan termasuk membina laluan masuk yang lebih tersusun dan prasarana yang lengkap, sesuai dengan konsep kubur dalam taman (Raudhatul Sakinah)," katanya.

Beliau berkata program gotong-royong itu akan dijadikan acara tahunan.

Untuk acara hari ini, seramai 3,000 orang termasuk dari agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, MAIWP, Pusat Pungutan Zakat, Badan Berkanun, penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, serta Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat Batu Muda turut terlibat.

Jamil Khir juga berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sedang membangunkan sistem E-Pusara, yang mempunyai bank data maklumat mengenai mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam di seluruh Wilayah Persekutuan.

Bank data ini, yang akan memudahkan kaum keluarga mencari kubur sanak saudara mereka, dijangka siap akhir bulan ini, katanya.

"Waris jenazah yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam yang didaftarkan dalam sistem ini, boleh mendapatkan maklumat mengenai lokasi sebenar kubur sebelum datang untuk menziarahinya," katanya.

- Bernama

Sabtu, 4 Disember 2010

MAKAM PEMBESAR NEGARA TERDAPAT DITANAH PERKUBURAN ISLAM KIANGGEH BANDAR SERI BEGAWAN (PENGIRAN DATU PENGHULU).

Pada Hari Sabtu, 4hb Disember 2010, Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan YM Pengiran Alli bin Pengiran Haji Mohammad dan Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Haji Rosli bin Dato Peduka Haji Zakaria telah mengadakan tinjauan ke Tanah Perkuburan Islam tersebut bersama dengan dua orang pegawai dari Pusat Sejarah Brunei, Negara Brunei Darussalam.  Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam ialah Penolong Pengelola YM Hj Abd Jefri Hj Jafar, YM Hj Hazaman Hj Zulkeffly dan Pengawas Awg Sulaiman Mohammad. 

Dimana mereka telah diberitahu oleh pegawai dari Pusat Sejarah kedudukan Makam-Makam Pembesar Negara Brunei Darussalam. Makam-Makam tersebut ialah:

      1. Makam Sultan Saiful Rijal.
      2. Makam Sultan Haji Muhammad Ali (Raja Bandahara).
      3. Makam Sultan Muhyiddin.
      4. Makam Pengiran Temanggong Abd Raub dan
      5. Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh (Pengiran Sarmayuda).


Mendengar penerangan daripada seorang pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei, dari kiri YM Hj Abdul Jefri Hj Jaafar, YM Pg Alli Pg Hj Mohammad, YM Hj Rosli DP Hj Zakaria.


Kubur ini dipercayai ialah Makam Sultan Saiful Rijal - (Jambul Nisan)

Batu nisan ini dipercayai ialah Makam Sultan Saiful Rijal beginda adalah Sultan Brunei yang ke Tujoh dan memerintah selama 48 tahun dalam tahun 1533-1581

YM Pg Alli mendengar penerangan daripada Pegawai Pusat Sejarah Brunei.

 
Manakala batu nisan ini dipercayai  Makam Sultan yang ke 12 iaitu Sultan Hj Muhmmad Ali (Raja Bandahara).  Yang memerintah Brunei selama setahun sahaja iaitu dalam tahun 1660 hingga 1661.



Batu nisan ini pula dipercayai Makam Sultan yang ke 14 iaitu Sultan Muhyiddin memerintah Brunei dalam tempoh 17 tahun iaitu pada tahun (1673-1690)


Maka batu nisan ini dipercayai Makam Pengiran Temanggong Abdul Raub.

Dan ini pula dipercayai batu nisan Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh (Pengiran Sarmayuda) yang dipercayai kebal dan dibunuh dengan cara dilemaskan dalam air ketika beliau berkayuh dalam perahu yang dibocorkan.  Beliau juga dikenali sebagai pengarang Syair Rakis.

 YM Pg Alli bercerita dengan salah seorang pegawai dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei.

YM Hj Rosli mendengar penerangan dari salah seorang lagi pegawai dari JPS.

Pegawai Pusat Sejarah bercerita dihadapan Makam Pengiran Shahbandar Mohd Salleh.

Menerima penerangan daripada pegawai pusat sejarah.