Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Selasa, 30 November 2010

LAWATAN KERJA KE MAKAM PENGIRAN TEMANGGONG SAMSUDDIN KAMPONG TANAH JAMBU

Pada Hari Rabu, 1 Disember 2010, kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam telah mengadakan lawatan kerja ke satu tempat iaitu sebuah tanah perkuburan islam di Kampong Tanah Jambu.  Dimana dalam kawasan perkuburan tersebut terdapat satu makam pembesar negara ini.  Iaitu Makam Al Marhum Pengiran Temanggong Sahibul Bahar Pengiran Samsuddin ibni Al Marhum Sultan Abdul Jalilul Jabbar.  Sultan Abdul Jalilul Jabar  adalah sultan yang ke 11 memerintah Brunei dalam tempoh 1 tahun saja iaitu pada tahun 1659-1660. Ianya juga dikenali dengan gelaran Raja Digayoh.

Dalam lawatan seramai 25 orang tersebut, rombongan diketuai olih YM Hj Rosli bin Dato Peduka Hj Zakaria, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam berserta dua orang pegawai dari Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan.
 Batu Nisan yang dipercayai milik Al Mahrum Pg Temanggong Samsuddin.

Sebahagian daripada pekerja untuk merintis jalan naik ke Perkuburan tersebut.
 
YM Hj Rosli bersama buruh Awg Mohd Josey Munan berada ditapak perkuburan tersebut.

 Dua orang penggapai yang diperbantukan dalam kerja pentadbiran turut serta dalam lawatan tersebut iaitu YM Dyg Noridah Hj Alias dan YM Dygku Noraidah Pg Salleh.

Sebahagian daripada nisan yang ada, yang juga dipercayai milik pembesar negara.

Tahlil dan doa dibacakan olih YM Awg Muhaimin Duraman dan diaminkan olih semua yang hadir

Hadirin tekun mengikuti tahlil dan doa arwah.

Sebelum sampai kepuncak bukit tempat kedudukan kubur semua yang hadir melalui rintangan mengikut jalan ditepi pagar menara telekom.  Nampak YM Hj Rosli bersama kakitangan yang ada untuk menebas jalan laluan sebagai rantis menuju ketapak kubur.


Mesin rumput sikut digunakan bagi memotong rumput menjalar yang merintangi perjalanan.

Pengawas Awg Sulaiman Mohammad mengikuti jalan rantis yang telah dibuat oleh buruh-buruh yang bertugas.

Pegawai yang ada mengikut rantis yang telah dibuat oleh orang-orang dihadapan.  Nampak disini salah seorang pegawai dari Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan.

Salah satu lagi batu nisan yang juga dipercayai milik pembesar negara ini.

Sebahagian lagi yang hadir iaitu YM Hj Salleh Hj Besar, Awg Nordin dan lain-lain.

Dalam tapak kubur rumput-rumput telah dipotong rapi oleh buruh-buruh yang hadir.

Pegawai dari Jabatan Tanah sedang memerhati kedudukan kubur tersebut mengunakan GPS.



YB MENTERI, TIMBALAN MENTERI DAN SETIAUSAHA TETAP MELAWAT TANAH PERKUBURAN ISLAM PULAIE

Pada Hari Jumaat, 26 November 2010, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Ustaz Haji Mohammad, Menteri Hal Ehwal Ugama telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Pulaie bagi melihat sendiri tentang kedudukan aduan yang telah diterima pada Hari Selasa, 9 November yang lalu..  

Turut berada disana ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Pengiran Haji Bahrum bin Pengiran Haji Bahar dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Dato Peduka Awang Haji Mohd Mahadi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Haji Mohd Yusof.

YB Pg DSS Dr Ustaz Hj Mohammad (Menteri) bersama YM Pg Hj Bahrum (Timbalan Menteri) sedang melihat keadaan yang berlaku dalam kawasan Tanah Perkuburan tersebut.

YM DP Hj Md Mahadi juga berada ditempat yang sama, bersama pegawai yang lain.

YB Menteri dan YM Timbalan Menteri mendengar penerangan daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Pulaie yang juga selaku pengendali Pekaj Khairat di Kampong itu.

Sebuah jentera pengaut digunakan bagi menggali tanah dan mencari barang terbuang yang tertanam didalam kawasan tersebut.

Himpunan barang-barang yang tertanam didalam tanah tersebut setelah dibungkar dan dikeluarkan sudah sedia untuk dibuang.

Barang keras yang dipercayai konkret binaan yang juga telah dibungkar keluar dari dalam tanah tersebut.

Sebuah lubang yang digali menyerupai lubang kubur telah digali untuk mempastikan tiada barang terbuang didalamnya.  Kemudian tanah tersebut dikambus semula, dan pada bila-bila masa dapat digali secara manual apabila ianya diperlukan bagi mengkabumikan jenazah.

Batu besar yang berat diangkut mengunakan kereta sorong bagi mengeluarkan dari dalam kawasan tanah perkuburan dan kemudian diangkut mengunakan trak menuju ketempat pembuangan.

Kerja-kerja memindah barang buangan tersebut dari dalam kawasan tanah perkuburan.

Jenkaut yang digunakan mempermudahkan kerja-kerja penggalian tanah.

Jenkaut mengeluarkan batu konkret dari dalam tanah sedia untuk dibuang.

Longokan kayu yang juga dibungkar dari dalam tanah.

Kawasan yang sudah siap diselongkar dikambus semula dan ditanda dan siap sedia bagi mengkebumikan jenazah orang yang meninggal dunia.





Selasa, 16 November 2010

MENTERI HAL EHWAL UGAMA MELAWAT TANAH PERKUBURAN ISLAM TARAP BESAR BAGI MENGESAN MAKAM SULTAN SAIFUL RIJAL

Pada Hari Selasa, 16hb November 2010, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Hj Mohammad bin Pg Hj Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama telah mengadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam Tarap Besar, Bandar Seri Begawan.

Dimana tinjauan tersebut bagi mengesan makam salah seorang Sultan Brunei iaitu Sultan yang  ketujuh dalam salasilah pemerintahan kesultanan Brunei iaitu Sultan Saiful Rijal. Perkara ini diketahui melalui cerita lisan yang didengar, tetapi belum lagi mendapat kepastian yang tepat.

YB Menteri sedang melihat takapan tulisan diatas batu nisan yang dipercayai milik Sultan Saiful Rijal. Sambil diperhati olih Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Pg Alli Pg Hj Mohammad, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Hj Rosli DP Hj Zakaria dan Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Hj Ibrahim Hj Ratu.

YB Menteri menerangkan tentang sejarah kepada hadirin sambil diperhati olih YM Hj Rosli DP Hj Zakaria.

Salah satu lagi batu nisan yang dipercayai milik salah seorang bekas pembesar negara ini.

YB Pg DSS Dr Hj Mohammad bercerita sejarah Sultan Saiful Rijal kepada hadirin terlihat dalam gambar YM Pg Alli, YM Hj Rosli dan YM Hj Ibrahim.


Pegawai dan Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam juga turut berada dikawasan Tanah Perkuburan Islam Tarap Besar, Pengelola Hj Salleh Hj Besar, Penolong Pengelola Awg Julaidy Hj Samsuddin, Hj Hazaman Hj Zulkiffly dan Penolong Pengelola Hj Abd Jefri Hj Jafar, Pengawas Awg Sulaiman dan lain-lain.

 Batu Nisan besar didalam kawasan Tanah Perkuburan tersebut juga dipercayai kubur atau makam pembesar negara ini.

 
Salah satu lagi nisan yang juga dipercayai milik kerabat diraja.
 
 YB Menteri melihat senarai makam-makam diraja yang mana beliau ingin meninjau dan melawat Makam Sultan Hasan (Marhum Ditanjung) terletak di Kampong Sungai Bunga.




Sabtu, 13 November 2010

KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM PULAIE BERAKAS

Pada Hari Sabtu, 13hb November 2010, satu kerja kempen kebersihan telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Pulaie, Kampong Pulaie, Mukim Berakas.  Kerja-kerja tersebut telah diketuai oleh YM Hj Rosli bin Dato Peduka Hj Zakaria, Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.  

Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh YM Awg Hamrin bin Mantin, Penjaga Kubah Makam Diraja.  Kemudiannya kempen kebersihan dijalankan oleh Pegawai dan Kakitangan Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Brunei Muara.
YM Hj Rosli turut hadir di tempat kempen kebersihan yang dijalankan.

YM Awg Hamrin bersedia untuk membaca Tahlil dan Doa Arwah. sebelum kempen kebersihan dijalankan.

YM Hj Rosli (Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam) sedang berbincang dengan Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Hj Salleh Hj Besar dan Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Hj Abd Jefri Hj Jafar.

Kerja-kerja kempen dengan memotong rumput dijalankan oleh Pekerja-Perkerja dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dan dibantu oleh Pihak Kontraktor yang membuat projek ditapak Tanah Perkuburan tersebut.

Keadaan kubur yang nampak semak dengan rumput dan terdapatnya batu-batu yang berselirakkan.

Rumput yang belum dipotong dan akan dibuat dengan rapinya.

Sampah-sampah yang ada juga dipunggut untuk dibuang.

Pemotongan rumput dijalankan dengan mengunakan mata tangsi (black cutter).

Keadaan batu besar (konkret binaan) yang dibuang dalam kawasan tersebut.

Serpihan batu tail yang dibuang dalam kawasan Tanah perkuburan tersebut.

Kerja-kerja membuang batu-batu yang ada diatas tanah perkuburan tersebut.

Segala batu dan sampah dimuatkan kedalam Pick Up untuk dibuang ketempat pembuangan sampah yang ada.

Nampak konkret yang agak besar dan berat untuk dibuang.

Sampah-samapah yang ada dilaluan masuk juga diangkat untuk dibuang.

Sampah yang ada dihadapan pagar juga diangkut untuk dibuang.

Buruh-buruh kubur yang ada berehat setelah kerja-kerja siap dilaksanakan.


Dari kelangan buruh yang sedang berehat setelah kerja-kerja selesai dilaksanakan.

Terdapat kawasan yang baru susur setelah dilandan hujan dan banjir.

Keadaan dilihat semasa dekat dengan kawasan susur.



Keadaan tanah runtuh dilihat dari sebelah atas bukit.



Tombol pintu bilik air yang baru dibina telah dirosakkan oleh sipemunggut.