Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Jumaat, 30 Julai 2010

HARI PELANGGAN DI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGMA

Pada Hari Sabtu, 31 Julai 2010 telah diadakan Hari Pelanggan bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama .  Ianya diadakan di bangunan Kementerian tersebut di Berakas selama 4 hari sehingga Hari Rabu 4hb Ogos 2010 tidak termasuk Hari Ahad 1hb Ogos 2010.  Yangmana telah diresmikan olih Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia, Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Dimana Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam tidak ketinggalan mempamirkan perkakas untuk menyempurnakan jenazah termasuk kenderaan bagi membawa jenazah.

YM Pg Hj Anuar, YM Pg Hj Bahrum (Timbalan Menteri) dan YB Pg DSS Hj Mohammad (Menteri).

Yang Berhormat menerima penerangan daripada Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan YM Pg Alli bin Pg Hj Mohammad.

YM Pg Hj Anuar beramah mesra dengan YM Pg Hj Kula kakitangan di Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam. Turut terlihat penggapai iaitu YM Dyg Hjh Fauziah dan YM Dygku Dahsimah.


YM Pg Hj Bahrum (Timbalan Menteri) melihat sendiri keadaan kenderaan Jenazah yang ada dibekalkan ke Kementerian Hal Ehwal Ugama

YB Menteri menerima penerangan mengenai tanda kubur (nisan) dan buku catitan daftar nama orang-orang yang telah meninggal dunia berkubur di TPI Bersystem di Terunjing.

Kakitangan UTTPI YM Awg Mohd Ismail, YM Awg Julaidy, YM Pg Shahridin dan YM Hj Abdul Jefri.

Sebahagian daripada kakitangan di UTTPI dan Bahagian Bangunan & Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama. YM Awg Kamsani (Penyelanggaraan Stor Tkt 1), YM Hj Yusri (Unit Elektrik), YM Awg Jabair (Unit Elektrik), YM Awg Sulaiman (Pengawas TPI) dan YM Awg Samri (Unit Elektrik).

Buku catitan dan fail borang daftar nama-nama orang yang telah ditanam jenzahnya di TPI bersystem di Terujing.

 Batu Nisan bagi menandakan kubur yang telah ditanam jenazah Perempuan dan Jenazah Lelaki

Kain Putih yang digunakan untuk mengkapan jenazah.  Yangmana 30 ela ( 1 kayu ) sudah cukup bagi membungkus jenazah Perempuan.  Jika jenazah lelaki tidaklah sampai 1 kayu ( 1 gulung ).

Kapas 8 gulung digunakan untuk melapis kain kapan.

Gunting diperlukan untuk memotong kain kapan dan benang diperlukan untuk mengikat keranda.

Barang-barang yang diperlukan bagi memandikan atau menyucikan mayat.

Juga barang-barang yang diperlukan memandikan dan  menyucikan mayat.

Gayung digunakan bagi mengumpul air menjadi 4 jenis

Cerek digunakan bagi membuat air asah-asahan.

Salah seorang penggapai YM Dyg Norhaidah memulakan kerja bagi mengkapan jenazah yang sudah dimandikan.

Kerja-kerja dibantu olih salah seorang lagi iaitu YM Dyg Norlila binti Mohammad.

Kerja-kerja diperhati olih YM Pg Hj Kula bin Pg Hj Sulaiman.

Empat orang daripada 14 orang penggapai yang ada bertugas di Daerah Brunei Muara.
Dari Kiri: YM Hjh Normala bt Hj Nordin, YM Hjh Rosmawati bt Hj Ismail, Dygku Dahsimah bt Pg Ismail dan YM Hjh Fauziah bt Umar.

Penggapai bergambar bersama YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.  Dari kiri: YM Dygku Dahsimah bt Pg Ismail, YM Hjh Normala bt Hj Nordin, YM Hj Ibrahim, YM Hjh Fauziah bt Umar dan YM Hjh Rosmawati bt Hj Ismail.

Bergambar bersama Pg Hj Kula bin Pg Hj Sulaiman.

Dihadapan kereta jenazah kerajaan dari kiri: YM Awg Julaidy Hj Samsudin, YM Hj Ibrahim Hj Ratu, YM Hj Abd Jefri Hj Jafar, YM Pg Shahridin Pg Hj Pungut, YM Awg Sulaiman Mohammad dan YM Hj Hazaman Hj Zulkiffly.

Dua orang kakitangan Bahagian Pentadbiran sebagai penyambut tetamu di pintu utama sebelah hadapan.

YM Pg Hj Matrais Pg Kula dan YM Pg Hj Kula Pg Hj Sulaiman.

Salah sebuah boat penumpang milik KHEU untuk mengangkut Pegawai dan Kakitangan untuk melawat ketempat-tempat yang bersangkutan dengan tugas harian.


Khamis, 29 Julai 2010

LAWATAN PENGELOLA KANAN KE PEJABAT PENGGAPAI DAERAH BELAIT

Pada hari Khamis, 29hb Julai 2010, Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu telah melawat pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Belait.  Dimana YM Pg Hj Kula bin Pg Hj Sulaiman Perkerja Tingkat Khas dan YM Awg Julaidy bin Hj Samsuddin Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Brunei Muara juga telah turut serta. 

Dalam lawatan tersebut mereka telah menjumpai Penolong Pengelola Tanah-Tanah Perkuburan Islam Daerah Belait YM Awg Mohd Ali bin Handidi dan 5 orang Penggapai yang ada disana.

Empat orang daripada tujuh orang Penggapai yang bertugas di Daerah tersebut.



Isnin, 26 Julai 2010

T. P. I. KAMPONG KIARONG (JAME ASR')

Pada Ahad 25hb Julai 2010 tapak tanah Perkuburan tersebut telah dicemari dengan longgokan sampah yang dibuang olih orang-orang yang tidak bertanggongjawab.  Perkara ini telah didapati olih Penolong Pengelola dan Pengawas Tanah Perkuburan Islam yang bertugas pada hari tersebut.   Perkara ini amatlah memalukan bagi kita selaku umat islam, dalam menjaga kehormatan sesebuah tanah perkuburan islam.


Bekas-bekas plastik dibuang sesuka hati tanpa menghormati Kawasan Tanah Perkuburan Islam.

Bekas Kayu yang tidak dipedulikan olih orang-orang yang tidak bertanggongjawab.


Kayu-kayuan bekas membuat tambak juga dibuang dengan tidak menghormati tempat iaitu Tanah Perkuburan Islam.

Bekas pasir yang maseh didalam guni dibuang dalam kawasan tanah perkuburan tersebut.  Yangmana pemiliknya malas untuk membawa balik setelah selesai membuat tambak kubur.

Bekas tin minuman keras juga terdapat dibuang dalam kawasan tapak perkuburan tersebut.

Keadaan sampah dan bekas tin minuman keras yang ada dalam kawasan tanah perkuburan.

Nampaknya Kawasan ini tidak dihormati olih orang-orang yang membuat kerja pembinaan didalamnya.

Selasa, 20 Julai 2010

KUBUR CINA DAN DUSUN KAMPONG KIUDANG

Kubur ini tidak jauh dari Tanah Perkuburan Islam baru di Kampong Kiudang iaitu T. P. I. Bukit Dapa.  Yangmana Kubur ini seluas 5 ekar dan telah dibahagi dua.  2.5 ekar diuntukkan bagi Puak  Dusun, dan  manakala sebahagian 2.5 ekar lagi untuk Puak Cina.  Pada kubur dusun memang terdapat kubur lama, manakala untuk Kaum Cina cuma terdapat satu kubur yang telah dibina tambak besar.


 Satu jasad puak cina telah ditanam ditanah perkuburan tersebut.

Dengan terdirinya tambak yang terlalu besar pada kubur Puak Cina ini akan membazirkan kawasan yang ada.  Yangmana Persatuan Tionghua Negara Brunei Darussalam telah memohon untuk perwartaan tambahan kawasan ditapak tersebut.  Yangmana dalam progrem mereka untuk mengadakan satu system cemetry berbakar. Yangmana lazimnya dikendalikan olih orang-orang yang berugama Hindu.

Petak-petak untuk laluan didalam kawasan Perkuburan Cina.


Kawasan dimana letaknya Tanah Perkuburan Puak Dusun.

Bergambar dari kiri: YM Hj Abd Jefri bin Hj Jafar, YM Awg Harun bin Awang Adi, YM Awg Julaidy bin Hj Samsudin, YM Hj Madzneh bin Hj Md Noor, YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu dan Ketua Kampong Kiudang / Mungkom Hj Mohd Saiful bin Abdullah Anja.

 Tangga dan Longkang konkret yang ada di Perkuburan Puak Dusun, yangmana telah dibina dan dihadiahkan olih Yang Dimuliakan Pehin Lau Ah Kok.


 Keadaan longkang yang tersumbat makanya air melimpah keluar dari longkang


 Kawasan tapak Tanah Perkuburan Islam Bukit Dapa tidak jauh dari kawasan ini.  Yangmana kira-kira 0.5 kilometer.

Khamis, 8 Julai 2010

MEMINDAH TIGA KUBUR DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KEMBAYAU KAMPONG TANAH JAMBU.

Satu kerja-kerja memindah kubur lama telah dijalankan olih Unit ini yang diketuai olih Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama pegawai dan kakitangan.  Turut hadir Ketua Kampong Tanah Jambu YM Haji Asar bin Haji Beruddin bersama beberapa orang penduduk kampong.  Juga hadir Pengurus Syarikat pembinaan Perumahan Negara Kawasan Kampong Tanah Jambu.

Bacaan Tahlil dan doa Arwah dipimpin olih YM Pg Isa bin Pg Hj Hitam.

Sebahagian daripada Pegawai dari Pihak Kontraktor Pembinaan yang hadir

Ketua Kampong Tanah Jambu YM Hj Asar bin Hj Beruddin memulakan tetakan untuk memulakan penggalian di Kubur yang Pertama.

Diikuti olih penduduk kampong YM Hj Mohammad bin Sukaimi bagi memulakan bagi penggalian tapak Kubur yang kedua.

dan salah seorang lagi menataki bagi tapak Kubur yang ke Tiga.

Kerja-Kerja penggalian pun dimulakan olih pihak Buruh-Buruh dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

Kerja-Kerja diteruskan sambil diperhati olih Penolong Pengelola YM Awang Julaidy bin Hj Samsudin.

Apabila dipastikan kedudukan jasad disemadikan maka gumpalan tanah pun diambil sebagai syarat yang mayat telah dijumpai dan diambil keluar untuk dipindahkan.

Gumpalan tanah dari debu jasad pun dibungkus untuk dipindahkan.

Gumpalan tanah pun dibungkus semula seperti membungkus jenazah yang baru meninggal.

Kerja-kerja pembungkusan dilaksanakan olih YM Pg Isa sambil diperhati olih sebahagian yang hadir.

Setelah selesai dikeluarkan maka bekas lubang kubur tadi ditutup kembali.  Dibantu olih penduduk kampong YM Hj Mohammad bin Sukaimi.

Wakil kontrak binaan pun turut menyaksikan kerja-kerja tersebut.

Diantara yang hadir bagi menyaksikan kerja-kerja tersebut.

Diantara yang hadir juga tidak ketinggalan turut menyumbangkan tenaga bagi kerja-kerja menimbus balik.

YM Pg Isa membawa pindah salah satu daripada jasad tersebut.

Manakala YM Awang Jusey bin Munan juga berpeluang membawa salah satu lagi dari tapak lama ketapak baru.

Kerja-kerja disambong dengan menggali lubang ditapak yang baru.

Segala barang diatas kubur yang digali seperti batu nisan dan tambak kubur hendaklah dipindahkan bersama.  Kerja-kerja mengangkat dibantu olih Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam YM Pg Shahridin bin Pg Hj Pungut.

Sebahagian yang memerhati kerja-kerja memasukkan balik jasad ke dalam tanah iaitu tempat yang baru.

Keadaan bungkusan tanah sebelum disemadikan buat kali keduanya. Sementara menunggu lubang siap digali.

Mengambil salah satu daripadanya untuk disemadikan kedalam lubang yang baru digali.

Meletakkan kembali kedalam tanah sebagai syarat untuk menyebadikan kembali.

Seterusnya melatakkan kedalam lobang yang lain bagi jasad yang lain.

Ketua Kampong Tanah Jambu sedang mengambar keadaan sekeliling

Seterusnya tahlil kali kedua setelah kerja-kerja menanam dijalankan.

Dari kiri Hj Hazaman Hj Zulkiflly, Sulaiman Mohammad, Pg Sharidin Pg Hj Punggut dan Ketua Kampong Hj Asar Hj Beruddin.

Kontaktor yang berpeluang memerhati kerja-kerja tersebut.