Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Rabu, 9 Jun 2010

T. P. I. KANDANG HAJI TARIF

Satu perjumpaan telah dijalankan pada hari ini Rabu, 9hb Jun 2010 bagi memeriksa kawasaan tapak Tanah Perkuburan Islam Kandang Haji Tarif, Jalan Kubah Makam Diraja, KM 1 Jalan Tutong.  Yangmana dalam perjumpaan tersebut terdiri dari pegawai-pegawai dari:

1. Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
2. Jabatan Kerja Raya, (Bahagian Jalan Raya), Kementerian Pembangunan.
3. Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi (JASTRE), Kementerian Pembangunan.  
4. Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Mana kala dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tidak dapat hadir. 

Jalan Kubah Makam Diraja adalah sebatang jalan penghubung utama menuju ke Kubah Makam Diraja, dan dimana ianya sering dilalui olih Kerabat Diraja untuk menghadiri majlis Bertahlil. 

Dalam rundingan tersebut kerja-kerja penebangan kayu dikawasan tersebut telah dipersetujui untuk diungkayahkan oleh Jabatan Kerja Raya (Bahagian Jalan Raya).

Keadaan kayu condong yang akan dipotong


Ianya condong kejalan Kubah Makam Diraja dimana sering dilalui olih Kerabat Diraja untuk menuju ke Makam Diraja.

Terdapat lagi satu pohon berada diluar kawasan pagar Tanah Perkuburan tersebut dan berdekatan dengan laluan masuk dan hadapan jalanraya.

Kayu yang sudah mati dahan dan rantingnya.

Pegawai-Pegawai yang sedang memeriksa kawasan untuk memastikan keadaan selamat apabila kerja-kerja pemotongan dijalankan kelak.

Pegawai-Pegawai sedang memikirkan cara dan keadaan.

Kerja-kerja dipastikan akan dilaksanakan dengan selamat.




Selasa, 8 Jun 2010

PENGGAPAI DAERAH TEMBURONG


Pada masa ini didaerah ini mempunyai 5 orang penggapai

Dari Kiri: Dk Noraidah, Dyg Rosni, Hajah Nauyah dan Dyg Liamah





T. P. I. BUKIT RAJA KG LABU TEMBURONG

Keadan Pondok yang sudah lama yangmana dibina dengan cara sendiri olih buruh-buruh tanah perkuburan islam didaerah ini.


Bergambar ramai dihadapan Kawasan Kubur dari kiri Josrey, Pg Hj Kula, Rusdi (Jabatan Tanah), Hj Ibrahim, Julaydi dan Md Daud (Jabatan Tanah)

Keadaan dihadapan kawasan TPI tersebut. Diperhati olih Pg Hj Kula.

Dari Kiri Julaydi, Md Daud, Rusdi dan Hj Jamri (driver)


Awang Josrey bin Sulong,
Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan Islam
Daerah Temburong


Keadaan jalan ke TPI ini telah dibubuh konkrit. Jalan nampak elok dan mudah didatangi olih kereta salon.

Jalan yang sudah rata menghubungkan ke kawasan kubur.


Isnin, 7 Jun 2010

PEJABAT UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM

Pejabat ini terletak di Jalan Residency Bandar Seri Begawan bersebelahan dengan gerai makan dan Tamu Kianggeh.

Sabtu, 5 Jun 2010

LAWATAN KE T. P. I. LATUKAN TELISAI TUTONG

Pondok rehat kubur ini telah lama dan dalam keadaan yang tidak memuaskan. Ianya perlu dibina yang baru dengan cara konkret.

Keadaan pagar bangunan pondok yang sudah dimakan anai-anai dan perlu diperbaiki atau dibina yang baru.

Keadaan lantai sudah rosak, dan stornya perlu didinding dengan batu bata.


Tangki air ini sudah lama dan bocor.  Yangmana pada masa ini perlu dibuang dan telah dibekalkan dengan bekalan air bersih iaitu (paip).

Keadaan pagar sekelilingnya sudah berkarat dan perlu dicat atau diganti besi anglenya.


Pagar bahagian hadapan perlu dibina pagar batu kerana ianya berhadapan dengan jalan raya utama Tutong - Kuala Belait.

LAWATAN KE PEJABAT PENGGAPAI DAERAH TUTONG

3 orang penggapai diantara 5 orang yang bertugas di Daerah Tutong.

Bergambar bersama Penolong Pengelola Awang Julaidy Hj Samsuddin

Alat Hawa Dingin dalam bilik pejabat Penggapai Daerah Tutong dalam keadaan yang tidak memuaskan.
Bersama Pengelola Kanan

Jumaat, 4 Jun 2010

TPI ALANGAN BESAR - POKOK TUMBANG

Pokok kayu rebah apabila ditiup angin kecang dan keadaan tanah yang gembur



Kerja-kerja memotong dan membersihkan kawasan dijalankan olih buruh-buruh Unit Tanah Perkuburan Islam.
Salah seorang buruh sedang memotong kayu untuk dibuang.

Khamis, 3 Jun 2010

KETERANGAN MENGENAI UNIT INI



Makam Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin III

Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam adalah salah satu unit dibawah Pentadbiran Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, dan ditempatkan dibangunan Pasar Basah, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.

Unit ini dianggotai olih seramai 103 orang Pegawai dan Kakitangan termasuk tenaga buruh, pembaca quraan dan penggapai di seluruh negara.

Daerah Brunei dan Muara seramai 62 orang, Daerah Belait seramai 16 orang, di Daerah Tutong seramai 14 orang dan di Daerah Temburong seramai 11 orang. Makanya berjumlah 103 orang.

Unit ini mentadbir lebih 200 buah tapak Perkuburan Islam seluruh negara dengan keluasan melebihi 300 ekar.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Memberikan perkhidmatan pembersihan kawasan tapak tanah perkuburan islam.

Menjaga dan memelihara Makam-Makam Diraja.

Menyediakan kemudahan-kemudahan asas tanah perkuburan Islam.

Menyediakan tenaga buruh bagi menggali kubur jika dikehendaki olih Ahli-Ahli Warith simati.

Memberikan perkhimatan bantuan dalam perkara-perkara seperti menebang pokok tumbang yang berlaku dikawasan tanah perkuburan, membaiki tangga-tangga kayu serta majlis gotong royong bagi membersihkan tanah perkuburan islam yang dikendalikan olih pihak-pihak yang berkenaan.

Menyimpan warta (gazette) tanah-tanah perkuburan Islam.

Memberikan perkhidmatan penggapai perempuan bagi memandikan dan menggapankan pada bila-bila masa dikehendaki olih Ahli-Ahli Warith.

Menyediakan tenaga pengajar (Penggapai) bagi mengendalikan kursus-kursus menyempurnakan jenazah kepada pihak-pihak yang menghendaki.

Menyediakan tenaga bantu (buruh) bagi majlis-majlis keugamaan yang dikendalikan olih Kementerian Hal Ehwal Ugama.