Halaman

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG

MAKAM DIRAJA KM 1 JALAN TUTONG
Saya Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Pereka blog ini mengucapkan selamat datang untuk mengetahui hal ehwal tanah-tanah Perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam. Awda bolih melihat gambar-gambar kegiatan kami di Unit ini

Isnin, 24 Mei 2010

KURSUS FARDU KIFAYAH BAGI MASJID KG LIMAU MANIS


Ahli Kursus diterangkan cara mengkapankan jenazah


Ahli Kursus mecuba membuat kerja menkapan dan diperhati olih pengkursus

Kerja-kerja pengapanan selesai dan cuma menunggu untuk disembahyangkan dan dikebumikan saja lagi

Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Limau Manis telah mengadakan satu kursus menyempurnakan jenazah kepada jemaah dan penduduk kampong sekelilingnya.  Jemaah perempuan pun tidak ketinggalan untuk turut serta.  Bagi jemaah perempuan mereka menerima penerangan dan tujuk ajar olih:

1. YM HAJAH SITI ANIMI BINTI HAJI SALLEH dan
2. YM HAJAH ROSMAWATI BINTI HAJI ISMAIL.

Mereka memberi kursus sebanyak dua kali iaitu Hari Ahad dan Hari Ahad seterusnya.

KURSUS FARDU KIFAYAH BAGI MUSLIMAH SURAU KG MULAUT


Bergambar ramai sebelum kursus dijalankan


Kursus sedang dijalankan

Unit ini telah menghantar dua orang penggapai bagi mengendalikan kursus kepada 12 orang muslimah di Surau Kampong Mulaut. 

Mereka-mereka yang mengendalikan kursus tersebut ialah:

1. YM. DAYANG HAJAH NORMALA BINTI HAJI NORDIN dan

2.  YM. DAYANG HAJAH FAUZIAH BINTI UMAR.

Kursus dijalankan selama 3 hari.  Yangmana Kumpulan Muslimah tersebut di Pengerusikan olih YM. CIKGU HAJAH JOHANA BINTI HAJI ESA.

Ahad, 23 Mei 2010

TANAH PERKUBURAN ISLAM BALAU KAMPONG MERAGANG


Projek mewarta Tanah Perkuburan Islam (Kubur Lama) telah pun dijalankan olih Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam. Yangmana kali ini mereka meninjau satu lagi Perkuburan Lama dalam kawasan diantara Mukim Mentiri dan Mukim Serasa.


Kubur ini dikenali dengan nama TPI Rimba Balau yangmana asalnya berada jauh didalam hutan belantara. Tetapi sekarang TPI ini sudah berada diluar kawasan hutan disebabkan olih pembangunan yang sedang dimajukan iaitu Projek Rancangan Perumahan Negara. Kampong Mentiri dan Tanah Jambu.

Keluasan Perkuburan tersebut ialah kira-kira 0.09 ekar yangmana dirancang akan diperbesarkan untuk diaktifkan semula bagi kegunaan pengkebumian jenazah orang-orang islam dimasa-masa akan datang. Ianya disebabkan sekeliling kawasan tersebut telah dimajukan perumahan tempat tinggal.

Dalam lawatan Projek perwartaan itu dikendalikan olih Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Pegawai-Pegawai dari Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan.

Lawatan itu telah diketuai olih Pengelola Kanan Tanah-Tanah Perkuburan Islam Haji Ibrahim bin Haji Ratu, berserta 8 orang pegawai.

TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT BUNGA JERUDONG

Pengawas Pg Sharidin sedang mengkaji tahun dikebumikan

 
Ketua Kampong Jerudong Haji Mat Rais bersama Awg Sulaiman dan Pg Haji Kula


Ketua Kampong sedang membaca nama simayat

MPK KG KASAT MENINJAU KUBUR LAMA

Ahli-Ahli MPK bergambar bersama pegawai-pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, KHEU, Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur.

Majlis Perunding Kampong Kasat yang dipimpin olih salah seorang Timbalan Pengerusinya, Yang Mulia Haji Abdullah bin Haji Maidin, telah membuat tinjauan ke dua buah kubur lama yang terdapat dikawasan kampong mereka.

Kubur-kubur tersebut ialah Tanah Perkuburan Islam Poring dan Tanah Perkuburan Islam Mali-Mali. Yangmana kedua-dua kubur tersebut sudah lama tidak digunakan lagi.

Turut serta dalam kerja-kerja tersebut ialah Pegawai-Pegawai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Ukur dan Jabatan Tanah serta penduduk-penduduk kampong.

Dalam tinjauan itu di TPI Poring terdapat 63 batang nisan dan dipercayai terdapat kubur seorang yang dikurniakan gelaran menteri darat iaitu (Bendahri).

Manakala di TPI Mali-Mali terdapat kira-kira 45 batang nisan batu dan kayu.

Salah satu nisan kayu lama yang dipercayai milik orang yang pernah dikurniakan gelaran menteri darat iaitu Bendahari

Jumaat, 21 Mei 2010

TANAH PERKUBURAN ISLAM UJUNG SAPOH PULAU MUARA BESAR


Bergambar ramai berdekatan Nisan Kubur bersama Pegawai-Pegawai dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan


Ianya berhampiran dengan satu menara pemancaran milik Kementerian Pertahanan.


Keadaan Nisan kayu yang ada kesan terbakar kerana kebakaran rumput dikawasan tersebut



Belum turun balik mengunakan Perahu KHEU

UNIT TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM

Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam dibawah Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 

Unit ini beribu pejabat di Jalan Residency, Bandar Seri Begawan berhampiran dengan Tamu Kianggeh.  Pejabat Unit ini menjalankan kerja-kerja Pemantauan Hal Ehwal Tanah-Tanah Perkuburan Islam di Seluruh Negara dan mengendalikan fardu kifayah bagi jenazah perempuan. 

Dimana unit ini mempunayai seramai 15 orang penggapai bagi Daerah Brunei Muara, 7 orang di Daerah Belait, 5 orang di Daerah Tutong dan 4 orang di Daerah Temburong.

KUBUR LAMA YANG BARU DIJUMPAI DIKAWASAN MAKAM DIRAJA JALAN TUTONG

Dari kiri:  Pg Dr. Karim, Pg Haji Kula dan Haji Ibrahim


Keadaan batu nisan yang telah dijumpai

Kubur ini terletak diatas bukit dan ditumbuhi olih pokok-pokok hutan berhampiran dengan bangunan Kubah Makam Diraja.   Ianya telah dijumpai olih salah seorang buruh yang bertugas di kawasan tersebut.  Beliau berjalan-jalan dikawasan tersebut semasa waktu rehat. 

Buruh tersebut ialah Awang Semirah.  Tapak perkuburan tersebut telah pun didatangi olih Pegawai-Pegawai penyelidik dari Jabatan Pusat Sejarah Brunei.  Yang diketuai olih Haji Muhammad bin Salim.  Turut hadir Pg Dr. Karim dari Jabatan Muzium-Muzium.